Tonton trailer baharu permainan pertarungan Sword Art Online: Alicization Lycoris

Antara siri anime popular dalam kalangan penonton Malaysia ialah Sword Art Online. Oleh itu, penulis yakin terdapat ramai peminat anime tersebut yang tidak sabar untuk main permainan video Sword Art Online: Alicization Lycoris.

Bandai Namco telah memuat naik sebuah trailer baharu yang menunjukkan permainan pertarungan dalam judul tersebut. Permainan video JRPG ini boleh dimain secara co-op bersama rakan-rakan dan juga komputer.

Selain daripada aspek pertarungan, trailer tersebut juga memberi sedikit penerangan tentang pokok kemahiran dan juga kelebihan bermain bersama watak-watak lain.

Sword Art Online: Alicization Lycoris akan dilancarkan pada 10 July ini di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. 

RELATED NEWS

+