Tontonan Di Twitch Menurun Selepas Kehilangan Ninja, Shroud Dan Streamer Popular Lain

Nampaknya Twitch mengalami downfall yang agak ketara pada tiga bulan kebelakangan ini apabila beberapa penghibur penstriman langsung (streamers) menerima tawaran lumayan untuk ke platform berlainan.

Mengikut data terbaru dari Streamlabs dan Newzoo, jumlah tontonan (jam) jatuh kepada 2.3 juta jam pada suku akhir tahun lepas, berbeza dengan 2.6 juta tontonan pada suku ketiga. Angka ini menunjukkan penurunan ketara berbanding suku akhir 2018.

Ini disebabkan ramai bakat popular di Twitch yang meninggalkan platform ini seperti Ninja yang ke Mixer, diikuti Shroud, CouRage dan banyak lagi. Mereka semuanya mempunyai jutaan peminat di Twitch dan ini bermakna peminat juga turut sama beralih platform untuk menyaksikan gelagat dan aksi mereka bermain game.

Bagaimanapun, Twitch masih mencatatkan 12% peningkatan pada jumlah tontonan keseluruhan pada tahun 2019 berbanding 2018 dan pasaran penstriman masih lagi berkembang. Tapi kehilangan bakat popular ini akan memberi cabaran kepada Twitch sepanjang tahun ini.

Di platform lain, Youtube Gaming misalnya menunjukkan peningkatan dengan tawaran ke atas CouRage. Mixer juga mencatatkan dua kali ganda tontonan berikutan fanbase Ninja dan streamer popular lain yang ikut sama menggunakan platform tersebut.

Sumber: TheVerge

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+