Torchlight III Early Access dilancarkan di Steam

Judul terbaru dalam siri Torchlight baru-baru ini diumumkan di acara digital PC Gaming Show 2020. Apa yang menarik mengenai pengumuman tersebut ialah ia turut mendedahkan bahawa judul tersebut sudah pun boleh dimain.

Torchlight III telah dilancarkan di Steam dalam keadaan Early Access. Anda boleh membeli versi Early Access ini pada harga RM62. Jika anda membeli versi Early Access, anda tidak perlu membeli versi penuh apabila ia dilancarkan.

Seperti banyak judul Early Access lain di Steam, kandungan baharu akan dimasukkan dalam Torchlight III secara beransur. Satu lagi butiran penting tentang versi ini ialah ia perlu dimain secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Torchlight III, anda boleh melayari laman rasmi Steam judul tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+