Total War Shogun 2 Percuma Dari 28 April Hingga 2 Mei 2020

Dalam genre grand strategy games, salah satu siri yang terkenal ialah Total War. Judul pertama dalam siri tersebut, Shogun: Total War, dilancarkan pada tahun 2000 dan 11 tahun kemudian, sekuelnya pula dilancarkan.

Total War: Shogun 2 akan diberikan secara percuma di Steam dari 27 April sehingga 1 Mei 2020. Tarikh-tarikh tersebut berdasarkan waktu British Summer Time (BST). Kalau ditukarkan ke waktu Malaysia, ia bermaksud tawaran tersebut akan berlangsung dari 28 April sehingga 2 Mei 2020.

Ini merupakan sebuah inisiatif daripada Creative Assembly (pembangun siri Total War) untuk memupuk orang ramai agar kekal di rumah masing-masing demi menangani pandemik COVID-19.

Pada waktu yang sama, sebuah jualan siri Total War juga akan diadakan di Steam. Berdasarkan waktu Malaysia, jualan tersebut akan bermula pada 28 April dan berakhir pada 5 Mei 2020.

Jika anda terlepas tawaran percuma di atas, anda boleh membeli Total War: Shogun 2 di jualan tersebut pada harga diskaun dengan potongan 75%.

Malangnya, jualan tersebut tidak akan memberi potongan harga kepada beberapa judul Total War seperti Total War: Three Kingdoms, ROME: Total War, dan Total War: Warhammer.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk blog rasmi Total War.

Sumber: Creative Assembly

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+