Trailer Ni No Kuni II Menampilkan Mod Baru & Kingdom Bulding

Peminat game dari Bandai Namco, korang mesti pernah dengar pasal Ni Ni Kuni II kan? Tapi sampai sekarang belum dipasarkan dengan delay tak sudah.

Tapi hari ini video terkini daripada mereka menunjukkan lampu hijau kepada situasi tu. Trailer itu membawa peminat kepada scene belakang tabir yang mengisahkan development kepada Revenant Kingdom dan bagaimana game ni sebenarnya satu projek yang penuh dengan passion.

Walaupun Bandai biasanya menyimpan video macam ni untuk kandungan post-release tapi ia lebih kepada meminta kemaafan daripada peminat kerana delay tanpa henti.

Delay tu bukan saja membuatkan game ni nampak lebih complete tapi juga menambahkan mod baru seperti mod Kingdom dan Skirmish. 

Korang akan mengikuti kisah raja muda Evan selepas dijatuhkan akibat konspirasi dan kini dalam kembara luar biasa menubuhkan kerajaan baru, menyatukan dunianya dan melindungi rakyat daripada kuasa jahat yang mengancam mereka.

Ni no Kuni II menggunakan rekaan karakter yang direka oleh Yoshiyuki Momose dan soundtrack yang disusun oleh Joe Hisaishi. Ia akan hadir pada 23 Mac 2018 di PlayStation 4 dan PC!

RELATED NEWS

+