Trailer Terbaru Hitman 2 Membawa Pemain Ke Dalam Hutan Belantara Colombia

Trailer terbaru dari Hitman 2 membawa Agent 47 ke lokasi yang paling dinantikan peminat, iaitu di hutan belantara.

Dalam klip di bawah, korang boleh saksikan kembara abang botak ini ke Colombia dan korang perlu gunakan kelebihan persekitaran di hutan untuk menjatuhkan askar yang menyarungkan baju kebal.

Santa Fortuna, di mana salah satu lokasi akan ditempatkan, sebenarnya adalah lokasi tumpuan pelancong. Di sini korang akan berdepan dengan tokan dadah dan mencari tiga ketua sebagai objektif seterusnya. Objektifnya adalah mengumpulkan mereka di tempat sama dan menumpaskan ketiga-tiga sekaligus.

Bukan senang. Tapi sebagai Agent 47, korang ada beberapa kemahiran tersembunyi. Di samping senjata hebat seperti senjata api dan kapak yang boleh dibaling, korang juga mahir pertempuran dekat. Semestinya, korang juga dibekalkan dengan keupayaan licik seperti memasang perangkap letupan untuk meletupkan musuh yang tak aware dengan sekeliling.

Kita akan nampak lebih banyak lokasi yang didedahkan sambil menunggu Hitman 2 berada di pasaran pada 13 November ini di Xbox One, PS 4 dan PC.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+