Trailer Vampyr Dipertontonkan, Menunjukkan Perlawanan Drakula Di Bandaraya London

Vampyr adalah permainan aksi-RPG akan datang dari DONTNOD Entertainment. Walaupun boleh dikatakan permainan konsep mitos drakula ini pernah dipakai sebelum ini, tapi sebenarnya game ini sangat berlainan. 

Kita mengikuti perjalanan protagonis yang terseksa, Dr. Jonathan Reid yang berkembang menjadi lebih kuat menerusi perlawanan ditempuhnya. Pemain boleh harapkan gameplay yang agak brutal dan mempelajari kemahiran Drakula untuk melawan musuh di bandaraya London.

Dalam ini juga, pemain mampu meneroka keinginan Dr. Reid yang perlu membuat pilihan untuk membunuh siapa yang dirasakan patut dan kenapa. Ini kerana dengan membunuh orang awam akan menyebabkan impak lebih besar pada ekosistem dan jika keterlaluan, pastinya tamadun manusia akan lenyap.

Kekuatan Drakula akan ditonjolkan sepenuhnya dalam permainan ini dan korang boleh saksikan Reid berlawan dengan kuasa yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Yang mungkin korang terlepas ketika mempelajari sejarah Drakula.

Vampyr akan dilancarkan pada 5 Jun ini di PlayStation 4, Xbox One dan PC. Pra tempah boleh didapati sekarang di www.vampyr-game.com

Sumber: Vampyr

RELATED NEWS

+