Trailer Vegito Super Saiyan Blue Tidak Sengaja Didedahkan – Watak DLC Dragon Ball FighterZ Seterusnya

Sekali lagi peminat Dragon Ball FighterZ disajikan dengan watak DLC baru iaitu Super Saiyan Blue (Super Saiyan God Super Saiyan), Vegito mengikut trailer baru yang tidak sengaja didedahkan Bandai Namco.

Trailer itu dimuat naik di Facebook Bandai Namco Entertainment Taiwan dan dipadamkan sehingga kini. Sebelum dipadamkan, footage ditangkap dan boleh dilihat di ResetEra.

Bandai Namco Entertainment Taiwan mungkin tersilap mengeluarkan footage itu terlebih awal kerana publisher lain di rantau lain belum lagi mengumumkan kehadiran Vegito ke Dragon Ball FighterZ. 

 

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+