Twitch hadir dengan dasar baru – perkataan ‘simp’, ‘virgin’ dan ‘incel’ akan menerima ban

Perkataan ‘simp’, ‘virgin’ dan ‘incel’ akan menerima ban kerana berada di bawah konteks sebagai kata kejian, menurut COO Twitch, Sara Clemens.

Antara dasar baru platform tersebut, ia akan berkuatkuasa ke atas streamer dan penonton di ruangan chat yang ingin menggunakan istilah ini.

Twitch juga akan lebih aktif untuk mengesan ’emotes’ yang menggunakan istilah ini agar tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

“Menggunakan istilah simp, incel atau virgin adalah satu kata kejian untuk menggambarkan aktiviti seksual seseorang yang tidak dibenarkan di bawah dasar baru ini,”  katanya.

Twitch akan berkongsi maklumat lanjut mengenai pelaksanaan ini dan bagaimana mereka akan menguatkuasakan dasar baru tersebut.

Pelaksaan ini wajar dipuji kerana Twitch perlahan-lahan menjadikan platform tersebut lebih selamat dan selesa digunakan oleh semua penonton tidak mengira jantina.

TAGS

RELATED NEWS

+