Watch Dogs Legion, sebuah game aksi pengembaraan menggodam di sekitar kota London ke tahun fiskal 2020 – 2021 iaitu bermula pada April 2020."> Watch Dogs Legion, sebuah game aksi pengembaraan menggodam di sekitar kota London ke tahun fiskal 2020 – 2021 iaitu bermula pada April 2020." /> Watch Dogs Legion, sebuah game aksi pengembaraan menggodam di sekitar kota London ke tahun fiskal 2020 – 2021 iaitu bermula pada April 2020." />

Ubisoft Tunda Watch Dogs Legion, Gods and Monsters & Rainbow Six Quarantine Ke 2020 – 2021

Ubisoft mengumumkan penundaan untuk Watch Dogs Legion, sebuah game aksi pengembaraan menggodam di sekitar kota London ke tahun fiskal 2020 – 2021 iaitu bermula pada April 2020.

Menurut laporan kewangan terbaru Ubisoft, syarikat ini juga menundakan dua game baru dalam perancangan iaitu Gods and Monsters dan Rainbow Six Quarantine ke tarikh baru.

Gods and Monsters

Watch Dogs Legion dirancang untuk lancar pada 6 Mac 2020 manakala Gods and Monsters bakal dikeluarkan pada 25 Februari 2020. Setakat ini, Rainbow Six Quarantine tidak mempunyai tarikh pelancaran sebenar tetapi dijangka akan keluar pada 2020.

Dalam satu panggilan mesyuarat pelabur, Watch Dogs Legion dan Gods and Monsters akan dilancarkan semasa pertengahan tahun 2020 dan mungkin dilancarkan selepas bulan Julai. Rainbow Six Quarantine akan dilancarkan sekitar April.

Pengumuman penundaan ini adalah untuk beri masa bagi mengukuhkan lagi kesemua game ini untuk tahun fiskal baru.

Ghost Recon Breakpoint

Pada masa yang sama, CEO Ubisoft, Yves Guillermot menjelaskan penundaan ini dibuat selepas melihat keadaan kewangan selepas prestasi dua game AAA yang baru dilancarkan pada tahun ini, The Division 2 dan Ghost Recon Breakpoint kurang memuaskan dari segi jualan dan penerimaan pemain terhadap sekuel game berbentuk servis langsung (live multiplayer).

Sementara itu, sebuah lagi game AAA dibangunkan oleh Ubisoft Singapore bertajuk Skull and Bones, sebuah game open-world yang mana korang bermain sebagai lanun mengendali kapal masih lagi dalam pembangunan sehinggalah ke tahun 2021. 

Sumber: VG24/7

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+