Ubisoft umum permainan dunia terbuka Star Wars baharu

LucasFilm Games dengan kerjasama Ubisoft sedang membangunkan sebuah permainan dunia terbuka Star Wars baharu. Ia masih berada pada tahap pembangunan yang sangat awal dan belum diberikan tajuk.

Massive Entertainment, pembangun siri Tom Clancy’s The Division, bertanggungjawab membangunkan permainan ini. Massive Entertainment ialah studio yang dimiliki sepenuhnya oleh Ubisoft.

Apa yang menarik tentang pengumuman ini ialah kesannya terhadap perjanjian antara Disney dan Electronic Arts (EA). Pada tahun 2012, EA menandatangani perjanjian dengan Disney untuk mendapatkan hak eksklusif pembangunan permainan Star Wars.

Berita ini bermaksud tempoh perjanjian tersebut telah berakhir. Walaubagaimanapun, Disney menyatakan mereka akan terus bekerjasama dengan EA.

Ini bukan satu perkara yang mengejutkan kerena sekuel kepada permainan terbitan EA iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order sedang dibangunkan dan dijangka siap pada tahun depan.

Sumber: Wired

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+