Ubisoft umumkan permainan video battle royale baharu Hyper Scape

Walaupun genre permainan video battle royale sudah mempunyai judul-judul hebat seperti Apex Legends, Fortnite, dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), ia tidak menghalang Ubisoft untuk mengemukakan idea baharu mereka.

Hyper Scape merupakan sebuah permainan video battle royale baharu yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Ubisoft. Ia masih belum dilancarkan sepenuhnya tetapi anda boleh menyertai permainan ujian PC dengan menonton livestream di Twitch dan mendapatkan Drops.

Nampaknya Ubisoft sedang mempromosikan permainan video ini dengan cara yang sama yang digunakan oleh Riot Games dalam usaha mereka untuk mempromosikan Valorant.

Apa yang unik tentang Hyper Scape ialah para pemain boleh mendapatkan kuasa-kuasa istimewa dengan cara yang sama mereka mendapatkan senjata dan perisai.

Hyper Scape akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Apa pendapat anda? Adakah judul ini boleh menjadi pesaing kepada Apex Legends, Fortnite, dan PUBG?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+