UiTM dan REV Media Group tandatangan memorandum persefahaman untuk perkukuh e-sukan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman (MoU) bersama REV Media Group (dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital Sdn. Bhd.) untuk bekerjasama mengukuhkan e-sukan dalam kalangan penuntut dan institusi pengajian tinggi.

Acara tandatangan memorandum tersebut diadakan pada pagi ini di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Memorandum ditandatangani oleh Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, dan Prof. Emeritus Datur Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM.

Memorandum ini ditandatangani sebagai tanda kolaborasi antara UiTM dan REV Media Group untuk:

  • Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik seperti mengadakan pelbagai program di UiTM.
  • Pertukaran maklumat mengenai perkembangan dalam penyelidikan, teknologi dan e-sukan.
  • Pembangunan pelajar dan institusi-institusi penyelidikan.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Hadiah kemenangan keseluruhan dan juara kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Yoodo Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) Semester 3 juga disampaikan di acara tersebut.

UiTM_Vendetta

Ahli-ahli pasukan UiTM Vendetta yang menjadi juara MLBB di KEK Semester 3 turut hadir di acara tersebut dan diwakilkan oleh kapten mereka, Muhammad Nabil bin Japri semasa penyampaian hadiah.

Kemenangan ini melayakkan UiTM Vendetta untuk bertanding di kejohanan antarabangsa PVP Esports yang akan diadakan secara dalam talian pada 6 September tahun ini.

Dengan kerjasama sebegini, industri e-sukan tempatan akan berkembang dengan lebih pesat. Sokongan daripada pihak institusi pengajian tinggi akan membuka lebih banyak peluang untuk golongan muda berkecimpung dalam industri e-sukan tanah air.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+