permainan paling popular di Steam. Permainan tersebut kini telah mencecah jualan 5 juta unit dalam masa sebulan sejak ia dilancarkan."> permainan paling popular di Steam. Permainan tersebut kini telah mencecah jualan 5 juta unit dalam masa sebulan sejak ia dilancarkan." /> permainan paling popular di Steam. Permainan tersebut kini telah mencecah jualan 5 juta unit dalam masa sebulan sejak ia dilancarkan." />

Valheim cecah jualan 5 juta unit sebulan selepas pelancaran

Pada pertengahan bulan Februari, penulis telah melaporkan bahawa permainan Valheim telah menjadi salah satu permainan paling popular di Steam. Permainan tersebut kini telah mencecah jualan 5 juta unit dalam masa sebulan sejak ia dilancarkan.

Valheim merupakan sebuah permainan kelangsungan hidup yang juga mempunyai mod permainan multi-pemain. Ia masih berada di fasa early access tetapi ramai pemain menyatakan ia mempuyai kualiti seumpama permainan yang dibangunkan oleh studio berprestasi tinggi.

Menurut SteamDB, jumlah puncak pemain serentak Valheim ialah 502,000 pemain. Ia juga telah memperoleh 134,000 ulasan positif dan 238,000 pengikut di Steam Jumlah puncak penonton di Twitch pula ialah 188,000 penonton.

Permainan ini diterbitkan oleh Coffee Stain Publishing dan dibangunkan oleh Iron Gate Studios yang hanya mempunyai 5 kakitangan. Menurut Henrik Törnqvist, pengasas bersama Iron Gate Studios, permainan The Legend of Zelda: Breath of the Wild merupakan salah satu inspirasi utama di sebalik Valheim.

Adakah anda sudah mencuba Valheim? Kongiskan pendapat anda dengan kami di Facebook dan Instagram. Jika anda masih belum mencubanya, Valheim kini boleh dibeli di Steam pada harga RM39.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+