Valve tidak lagi membangunkan Artifact 2.0

Artifact adalah permainan pengumpulan kad yang dilancarkan pada 2018. Sejak itu, permainan ini memerlukan pengguna untuk melabur wang secara kerap bagi meningkatkan kemajuan. Oleh itu, Valve menerima kritikan dari ramai pemain dan bercadang untuk memulakan projek Artifact 2.0.

Bagaimanapun menurut laman web Polygon, projek ini dibatalkan. Kata Valve, walaupun mereka berpuas hati dengan mekasnime permainan dibangunkan, namun jumlah pemain aktif yang kurang menghalang dari projek ini diteruskan.

“Kami akan memberhentikan pembangunan Artifact 2.0 Beta.

“Pemain boleh memuat turun Artifact Classic atau Artifact 2.0 beta, secara percuma. Tiada kemaskini akan dilakukan pada kedua-dua versi,” kata Valve.

Bagi versi yang asal, pemain boleh mendapat semua kad dengan percuma dan tak perlu lagi pek kad. 

Sementara itu, syarikat permainan, BioWare juga menghadapi situasi sama apabila tak lagi membangunkan Anthem Next yang mana versi asalnya menerima kritikan juga.

RELATED NEWS

+