Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditangguhkan ke tahun depan

Hardsuit Labs dan Paradox Interactive telah mengumumkan bahawa pelancaran permainan video mereka Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 telah ditangguhkan ke tahun 2021.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh studio dan penerbit tersebut, keputusan ini dibuat kerana mereka memerlukan masa yang lebih banyak untuk memastikan judul itu mencapai kualiti yang disasarkan.

Dalam masa beberapa bulan yang akan datang, mereka akan berkongsi maklumat baharu seperti tarikh pelancaran baharu dan perubahan pada organisasi yang perlu dibuat untuk menjayakan pembangunan permainan video tersebut.

Pada pendapat penulis, ini merupakan keputusan yang wajar diambil kerana maklum balas para peminat Vampire: The Masquerade – Bloodlines terhadap video-video yang ditunjukkan tidak begitu positif.

Sumber: Akaun Twitter rasmi Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+