Vampire: The Masqureade – Swansong akan dilancarkan pada tahun depan

Nacon telah mengumumkan sebuah permainan video Vampire: The Masquerade baharu yang diberi tajuk Swansong. Ia akan dilancarkan pada tahun depan di PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Nintendo Switch, Xbox One, dan Xbox Series X.

Trailer pertama Vampire: The Masquerade – Swansong dilancarkan di acara pembentangan digital Nacon Connect yang berlangsung baru-baru ini. Ia tidak menunjukkan permainan tetapi hanya video sinematik.

Menurut penerangan di laman web rasmi Vampire: The Masquerade – Swansong, pemain akan bermain sebagai tiga orang vampire asal yang berumur ratusan tahun iaitu Leysha, Emem, dan Galeb.

Nampaknya pemain ditugaskan untuk menyiasat pelbagai pembunuhan dan konspirasi yang memberi kesan kepada kumpulan vampire Boston Camarilla.

Satu lagi permainan video Vampire: The Masquerade yang akan dilancarkan lebih awal ialah Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2. Ia akan dilancarkan pada tahun ini di PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+