Versi remastered Kingdoms of Amalur: Reckoning disenaraikan di Microsoft Store

Tidak ramai pemain pernah mendengar tentang Kingdoms of Amalur: Reckoning, sebuah role-playing game (RPG) yang dilancarkan pada tahun 2012. Ia tetap mempunyai sekumpulan peminat dan mereka bakal menerima sebuah hadiah lapan tahun selepas pelancarannya.

Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning telah disenaraikan di Microsoft Store. Menariknya, THQ Nordic (penerbit) dan Kaiko (pembangun) belum membuat pengumuman mengenai judul ini. Ia bakal dilancarkan pada 11 Ogos 2020 dan pada waktu ini, hanya versi Xbox One disahkan.

Menurut penerangan di laman Microsoft Store, Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning merupakan versi remaster permainan asal dan hanya memperkenalkan penambahbaikkan grafik. Dari segi kandungan, nampaknya ia sama seperti permainan asal.

Sumber: 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+