Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh

Sony, Microsoft, dan Nintendo merupakan musuh ketat dalam industri permainan video tetapi ketiga-tiganya bergantung kepada negara China untuk pembuatan konsol masing-masing.

Baru-baru ini, Nintendo mengeluarkan kenyataan untuk memberitahu bahawa stok Nintendo Switch dan alat kawalan Joy-Con akan terjejas akibat wabak Koronavirus yang melanda China.

Berita ini agak menakutkan tetapi Nintendo mengesahkan bahawa masalah ini hanya menjejaskan stok produk-produk tersebut di negara Jepun.

Satu lagi produk yang juga akan mengalami penagguhan ketibaan stok baru ialah Ring Fit Adventure iaitu peranti yang digunakan bermain permainan berunsurkan senaman di Nintendo Switch.

Menurut Daniel Ahmad, seorang penganalisis di syarikat Niko Partners, masalah ini juga mungkin menjejaskan pembuatan konsol generasi akan datang iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Beliau berpendapat sedemikian kerana kajian menunjukkan bahawa 96% konsol Sony, Microsoft, dan Nintendo dibuat di negara China.

Demi kesejahteraan dan kesihatan semua orang, kami di My Game On harap wabak Coronvirus dapat dibendung secepat mungkin.

Sumber: Nintendo

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+