Wanita Mempunyai 8 Slot Bagi Kategori CS:GO dan HearthStone Dalam Kejohanan WESG ASEAN

“Kami ingin memberi peluang kepada lebih ramai wanita untuk menyertai kejohanan e-sukan peringkat antarabangsa,” kata Alisports Global Esports Director, Jason Fung.

Menurut Jason, wanita berada di tahap yang mana mereka boleh bertanding bersama pemain lain (lelaki). Jadi tak hairanlah kalau ada slot untuk kemasukan pemain wanita bagi World Electronic Esports Games (WESG) tahun ini.

WESG dianjurkan oleh Alisports milik syarikat Alibaba Group. Ia mempertandingkan enam permainan e-sukan iaitu Dota 2, CS:GO, Hearthstone, Starcraft II, Vainglory dan Pro Evolution Soccer (PES) dengan hadiah wang tunai terkumpul USD$5.5 juta.

Permainan CS:GO dan Hearthstone membuka penyertaan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada pemain wanita bagi merebut sebilangan dari hadiah wang tunai lumayan itu. 

“Kami memilih kedua-dua permainan ini (CS:GO dan Hearthstone) kerana faktor lebih ramai penyertaan dan semangat persaingan yang tinggi daripada golongan wanita,”

Pengarah Global Esports Alisports, Jason Fung (empat dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia X (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Alisports, Zhang Dazhong (enam dari kiri) dan Pengerusi Agri Mind Sdn Bhd, Calvin Lau (empat dari kanan).

Perkara ini tidak lagi hairan kerana di Malaysia sendiri, pemain CS:GO sebenarnya mempunyai peratusan yang agak tinggi bagi perempuan bermain CS:GO, ini belum lagi termasuk di luar negara yang mana-mana FPS juga turut diwakili pemain perempuan. Mungkin mereka jarang bertanding kerana kekurangan kejohanan tempatan tapi yang pasti, persaingan itu masih ada.

BACA: Kajian Mendapati Peratusan Gamers Di PC Lebih Banyak Wanita Daripada Lelaki

BACA: Sephora Taja GIRLGAMER Esports Festival Menampilkan CS:GO dan League of Legends

Jason memberi kenyataan itu apabila ditanya pihak media yang hadir ke sesi soal jawab di AirAsia RedQ, KLIA 2, Selangor.

Acara itu turut menyaksikan AirAsia menjadi penaja rasmi bagi WESG dan bekerjasama dengan Agri Mind bagi penyediaan penerbangan, media dan hadiah wang tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia X (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Alisports, Zhang Dazhong (tiga dari kiri) dan Pengerusi Agri Mind Sdn Bhd, Calvin Lau (tiga dari kanan) merasmikan acara.

Pada awal tahun ini, AirAsia pertama kali melangkah ke industri e-sukan dengan menaja dan menjadi syarikat penerbangan eksklusif bagi Mineski Pro Team. Mereka juga menjadi pemilik majoriti bagi Team Saiyan, skuad profesional Mobile Legends negara yang dijenamakan semula sebagai AirAsia Saiyan.

Pendaftaran dalam talian bagi WESG di ASEAN di setiap negara dibuka bermula hari ini hingga 31 Julai ini. Kesemua 10 negara ini akan mempunyai kejohanan pertandingan dalam talian masing-masing diikuti pertandingan di peringkat kebangsaan (LAN) dari 1 Ogos hingga 30 September.

Pusingan akhir ASEAN pula akan diadakan pada November dan pusingan akhir antarabangsa pada Mac 2019. Korang boleh layari laman web sea.wesg.com/registration untuk mendaftar.

RELATED NEWS

+