Warhammer: Chaosbane akan dilancarkan di PS5 dan Xbox Series X

Nacon telah mengumumkan bahawa permainan video terbitan mereka Warhammer: Chaosbane akan dilancarkan di PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X.

Warhammer: Chaosbane merupakan sebuah permainan video role-playing game (RPG) isometrik (sama seperti permainan video siri Diablo) yang dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada tahun lepas.

Versi PC, PS4, dan Xbox One diterbitkan oleh Bigben Interactive dan Nacon akan menerbitkan versi PS5 dan Xbox Series X. Kedua-duanya dibangunkan oleh Eko Software. Pada waktu ini, tarikh pelancaran versi konsol generasi seterusnya masih belum diumumkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+