Singapore Toy, Games dan Comic Convention 2018 pada hujung minggu lepas, pertandingan World Electronic Esports Games Asia Tenggara (WESG S.E.A) bagi peringkat kelayakan negara Singapura turut diadakan dalam satu acara yang sama."> Singapore Toy, Games dan Comic Convention 2018 pada hujung minggu lepas, pertandingan World Electronic Esports Games Asia Tenggara (WESG S.E.A) bagi peringkat kelayakan negara Singapura turut diadakan dalam satu acara yang sama." /> Singapore Toy, Games dan Comic Convention 2018 pada hujung minggu lepas, pertandingan World Electronic Esports Games Asia Tenggara (WESG S.E.A) bagi peringkat kelayakan negara Singapura turut diadakan dalam satu acara yang sama." />

WESG 2018: Singapura Hantar Atlit Esports Terbaik Ke Kejohanan Regional Finals

Ketika berlangsungnya konvesyen Singapore Toy, Games dan Comic Convention 2018 pada hujung minggu lepas, pertandingan World Electronic Esports Games Asia Tenggara (WESG S.E.A) bagi peringkat kelayakan negara Singapura turut diadakan dalam satu acara yang sama.

Ditempatkan di bawah segmen Good Game Experience, pertandingan WESG S.E.A  memilih pasukan dan pemain terbaik bagi mewakili setiap kategori game dan membawa nama negara ke peringkat kejohanan yang lebih tinggi.

Lima game dipertandingkan untuk kelayakan Singapura WESG S.E.A adalah Dota 2, CSGO, Starcraft II, Vainglory dan Hearthstone. Dua daripada lima kategori esports ini juga melibatkan penyertaan wanita iaitu untuk CSGO dan Hearthstone.

Inilah senarai peserta dan pasukan esports yang berjaya menjadi antara terbaik di negara Singa.

Dota 2 – Resurgence

Sumber: FB WESG SEA

CSGO – Vindicta

Sumber: FB WESG SEA

CSGO (Wanita)

Sumber: FB SCOGA

Starcraft II – Lobo

Sumber: FB WESG SEA

Hearthstone – Samuel “Sequinox” Chan

Sumber: FB SCOGA

Hearthstone (Wanita) – Deborah “Wolfsbanee” Sim

Sumber: FB SCOGA

Vainglory – Impunity

Sumber: FB WESG SEA

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD$3,750 (RM15,569). Selain itu, johan untuk kelima-lima kategori dapat tajaan penuh termasuk tiket kapal terbang dan tempat tinggal untuk berlawan dalam peringkat Regional Finals di Kuala Lumpur pada November akan datang.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, Malaysia baru sahaja selesai kelayakan online. Empat pasukan dan peserta teratas akan mara ke pertandingan rasmi Grand Finals WESG S.E.A untuk ke peringkat Regional Finals pada 21 September sehingga 23 September di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

RELATED NEWS

+