Wild Rift: Geek Fam juara Icon Series: Pra Musim (Malaysia)

Geek Fam memberi kejutan semalam apabila menjuarai kejohanan League of Legends: Wild Rift Icon Series: Pra Musim (Malaysia) dengan kemenangan 3-2 ke atas Berjaya Dragons (BJD).

Mereka dianggotai oleh Ozora Veki, Rumpel, TheShang, Momo dan NY.

Dua pasukan ini memberi tentangan hebat antara satu sama lain yang mana BJD mendahului dengan 2 kemenangan. Geek Fam berjaya menukar arus perlawanan dengan memenangi tiga baki perlawanan (reverse sweep).

Anda boleh menonton perlawanan penuh mereka di laman Facebook ESL Malaysia.

Walaupun ini kejohanan profesional pertama Wild Rift di Malaysia yang mengumpulkan pemain profesional, ia sudah menunjukkan satu benchmark yang mana setiap pasukan mempunyai corak permainan menarik dan menunjukkan daya saing tinggi.

Foto: ESL Malaysia

RELATED NEWS

+