Wild Rift: Patch Note 2.0a dilancarkan – GA, Evelynn, Gragas dan Lee Sin nerf

Dalam kemaskini patch note 2.0a ini, Riot Games fokus kepada beberapa Champion yang mendominasi permainan lebih dari tahap kemampuan mereka dan mengurangkan utiliti Guardian Angel.

Antara Champion yang dikurangkan tahap kemampuan mereka adalah seperti di bawah. Ini adalah petikan dari laman web rasmi Wild Rift.

AURELION SOL

Perubahan ini disebabkan oleh kenaikan mendadak tahap kemenangan Aurelion Sol. Daripada ketua bahagian Champion balancing, Jonathan Chao: “Saya tak tahu macam mana nak cakap. Sebelum ni dia hanya boleh terbang ke mana saja tanpa ubah haluan. Sekarang dia boleh terbang ke mana saja dan ubah haluan sekali. Kami akan nerf Aurelion Sol supaya dia boleh ubah haluan tetapi dengan gerak langkah lebih perlahan.

(1) Starsurge

  • Bugfix: Aurelion Sol tidak lagi mendapat 20% movement speed apabila misil Starsurge dilancarkan.

(3) Comet of Legend

  • Maksimum pasif move speed: 40% → 20%

EVELYNN

Kuasa push dan roam Evelynn sebagai mid laner adalah terlalu kuat. Tambahan lagi, damage skill (1) yang dikenakan juga agak tinggi.

(1) Hate Spike

  • Ratio AP: 0.5 → 0.45
  • Mana: 25/30/35/40 → 30/35/40/45
  • Damage kepada Minion: 100% di semua rank → 35/40/45/50%

GRAGAS

Gragas sangat kebal dan boleh berada di dalam lane dalam kadar masa yang lama. Mereka nerf beliau supaya tidak selalu menang semua pertarungan bersama musuh di lane yang sama.

Statistik Asal

  • Nyawa setiap tahap: 125 →115

(P) Happy Hour

  • Cooldown: 7s → 8s

(1) Barrel Roll

  • Mana: 55/60/65/70 → 65/70/75/80
  • Minion damage: 70% → 50%

Lee sin, Miss Fortune, Shyvana dan Wukong juga dikenakan nerf oleh kerana abiliti mereka yang dianggap kuat dan susah untuk di counter oleh pihak musuh.

Selain itu, terdapat juga perubahan yang ketara pada barang Guardian Angel.

GUARDIAN ANGEL

  • Jumlah Kos: 2800G → 3100G
  • Kos Gabung: 400G → 700G
  • Attack Damage: 45 → 40
  • Revive cooldown: 180s → 210s

Anda boleh baca patch sepenuhnya di SINI.

Dengan kehadiran kemaskini terbaru ini, anda mungkin boleh mencuba Champion yang lain untuk mengembangkan tahap skill yang ada. Banyak Champion yang dikenakan nerf mungkin tidak berada di dalam meta semasa lagi.

RELATED NEWS

+