Wira Splinter Cell akan kembali dalam Rainbow Six Siege

Sam Fisher, watak utama siri permainan Splinter Cell, akan menjadi operator baharu dalam Rainbow Six Siege. Dia akan diperkenalkan dalam musim seterusnya yang bertajuk Operation Shadow Legacy.

Perkara ini didedahkan secara rasmi melalui trailer pendedahan Operation Shadow Legacy yang dimuat naik semalam. Pendedah penuh musim tersebut akan dibuat pada 16 Ogos ini di kejohanan NA-Mini Major Finals (Twitch).

Seperti yang ditunjukkan pada penghujung trailer di atas, Sam akan menggunakan nama kod Zero dalam Rainbow Six Siege. Pada waktu ini, gajet atau kebolehan istimewa Sam masih belum dipertunjukkan.

Berita ini mungkin menggembirakan para peminat siri Splinter Cell termasuk penulis. Malangnya, Ubisoft masih tidak menunjukkan niat untuk membangunkan sebuah judul Splinter Cell baharu.

Permainan Splinter Cell yang terakhir ialah Splinter Cell: Blacklist yang dilancarkan pada tahun 2013 di PC, PlayStation 3 (PS3), Xbox 360, dan Wii U.

RELATED NEWS

+