Steam, PlayStation 4 (PS4), dan PlayStation 5 (PS5) pada penghujung tahun ini."> Steam, PlayStation 4 (PS4), dan PlayStation 5 (PS5) pada penghujung tahun ini." /> Steam, PlayStation 4 (PS4), dan PlayStation 5 (PS5) pada penghujung tahun ini." />

Worms Rumble akan dilancarkan di PC, PS4, dan PS5 pada hujung tahun ini

Team17 telah mengumumkan permainan video Worms terbaru mereka iaitu Worms Rumble. Ia akan dilancarkan di PC melalui Steam, PlayStation 4 (PS4), dan PlayStation 5 (PS5) pada penghujung tahun ini.

Ini merupakan judul Worms pertama yang menggunakan real-time combat dan bukan turn-based combat. Ia juga akan mengandungi mod permainan baharu yang tidak pernah muncul dalam judul-judul Worms sebelum ini seperti Battle Royale dan Last Worm Standing.

Permainan multi-pemain Worms Rumble boleh memuatkan sehingga 32 pemain dan ia juga membenarkan permainan rentas platfrom antara PC dan konsol. Seperti kebanyakan permainan multi-pemain, anda boleh mendapatkan pelbagai skin untuk watak Worm anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai permainan video ini, anda boleh melayari laman web rasmi Team17.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+