Xbox Series X akan dilancarkan pada bulan November

Microsoft telah mengumumkan bahawa konsol Xbox Series X akan dilancarkan pada bulan November ini. Pengumuman tersebut telah dibuat selepas mengumumkan penangguhan pelancaran Halo: Infinite.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Will Tuttle, Ketua Editor Xbox Wire, terdapat lebih daripada 100 permainan video yang dioptimumkan untuk Xbox Series X akan dilancarkan pada tahun ini.

Selain itu, ribuan permainan video yang boleh dimain di Xbox One dan Xbox 360 juga boleh dimain di konsol baharu tersebut bermula pada hari pertama pelancaran.

Malangnya, Microsoft masih belum mendedahkan harga konsol tersebut. Mungkin mereka sedang menunggu Sony untuk mengumumkan harga konsol PlayStation 5 (PS5) dahulu.

Sumber: Xbox Wire

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+