“Xbox Series X lebih baik daripada PS5” kata Gabe Newell, Presiden Valve

Dalam rancangan bual bicara The Project NZ, Gabe Newell menyatakan bahawa beliau menganggap Xbox Series X pilihan yang lebih baik berbanding PlayStation 5 (PS5).

Pengasas Bersama dan Presiden Valve itu menegaskan bahawa ia merupakan pendapat peribadi beliau kerana syarikatnya tidak melaburkan apa-apa dalam persaingan antara dua konsol generasi seterusnya tersebut.

Beliau berkata “Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam persaingan itu dan sememangnya kami banyak melakukan kerja pembangunan dengan menggunakan PC tetapi antara kedua-duanya saya memang akan memilih Xbox.”

Gabe dijemput menjadi tetamu rancangan televisyen New Zealand itu untuk bercakap tentang acara muzik percuma “We Love Aotearoa” yang beliau anjurkan di Auckland.

Acara tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap penduduk dan kerajaan New Zealand yang memberi layanan baik semasa beliau dan rakan-rakan menetap di negara itu selama lima bulan selepas penyebaran pandemik COVID-19.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+