“Xorn masih di sini untuk MPL Malaysia” – Geek Fam

Organisasi e-sukan tempatan, Geek Fam mengesahkan Mohamad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn) akan bermain sepenuhnya untuk Liga Profesional (MPL Malaysia) musim ketujuh sehingga tamat.

Xorn sebelum ini menandatangani perjanjian baru bersama Geek Fam dengan mempersetujui untuk dipinjamkan kepada organisasi e-sukan serantau (Indonesia terutamanya) bagi mendapat pendedahan peringkat antarabangsa.

Pengurus Pasukan, Wheng Whong, berkata pihak mereka bagaimanapun masih dalam perbincangan bagi perkara tersebut.

“Buat masa sekarang kami masih berbincang dengan organisasi e-sukan di luar Malaysia. Jadi Xorn akan tetap bermain di MPL Malaysia musim ini sampai tamat,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Malah, jika diingat kembali, MPL Indonesia pun sudah memulakan liganya jadi Xorn tak punya banyak pilihan selain bermain di MPL Malaysia saja. Xorn sebelum ini juga pernah berkata ““Indonesia sentiasa menjadi destinasi yang saya inginkan kerana arena kompetitif francais MPL mereka dan ia adalah tempat ideal saya ingin pergi,”.

Dalam perkembangan sama, Geek Fam mengacah senjata rahsia bagi mengejutkan kesemua pasukan di MPL kali ini.

“Kami ada superweapon untuk didedahkan minggu ini, nantikan,” 

Apakah rahsia Geek Fam? Adakah pengumuman ahli baharu atau strategi baharu? Sama-sama kita nantikan.

Foto: NimoTV

RELATED NEWS

+