Yoodo FV Major Cup 2020 Diumumkan, Pemenang Jadi Wakil Malaysia Di EVO 2021

Dalam industri e-sukan di Malaysia, kejohanan e-sukan kebiasaannya menonjolkan permainan video seperti DOTA 2, CS:GO, Mobile Legends: Bang Bang, dan PUBG Mobile. Nampaknya, Yoodo mahu permainan perlawanan juga menjadi popular dalam e-sukan tempatan.

Syarikat telekomunikasi tersebut telah mengumumkan Yoodo FV Major Cup 2020. Ia merupakan sebuah kejohanan Street Fighter V dan Tekken 7 peringkat kebangsaan. Pemenang berpeluang mewakili Malaysia di EVO Vegas 2021, kejohanan permainan perlawanan terbesar di dunia.

Yuran pendaftaran untuk Yoodo FV Major Cup 2020 ialah RM20 dan yuran pendaftaran daripada pusingan kelayakan pertama akan disumbangkan ke Zoo Negara.

Kejohanan ini akan mengandungi lima pusingan kelayakan dan berakhir dengan Grand Final. Berikut adalah jadual serta lokasi setiap pusingan:

  • Pusingan Kelayakan 1 (dalam talian) – 25 April sehingga 26 April 2020
  • Pusingan Kelayakan 2 (dalam talian) – 30 Mei sehingga 31 Mei 2020
  • Pusingan Kelayakan 3 – 27 Jun 2020 di Geek Empire, KL
  • Pusingan Kelayakan 4 – 25 Julai 2020 di Geek Empire, KL
  • Pusingan Kelayakan 5 – 22 Ogos 2020 di Epicenter, Sungai Buloh, Selangor
  • Grand Final – 19 September sehingga 20 September di Quill City Mall, KL

Untuk pusingan kelayakan pertama dan kedua, hanya seorang pemenang akan layak untuk ke Grand Final. Untuk pusingan kelayakan lain, dua pemain terbaik akan layak ke Grand Final.

Pada waktu ini, situasi COVID-19 masih belum mencapai tahap yang terkawal. Oleh itu, Yoodo menyatakan bahawa tarikh untuk pusingan kelayakan yang diadakan secara luar talian mungkin akan diubah mengikut keadaan situasi COVID-19 serta arahan kerajaan.

Jika anda berminat untuk menyertai Yoodo FV Major Cup 2020, anda boleh daftarkan diri anda di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+