Yoodo Gank 2020 – Jumper, ManParang, Draxx Dan Fredo

Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) tanah air, Yoodo Gank akhirnya mendedahkan roster akhir mereka untuk tahun 2020.

Pengumuman itu dibuat dalam satu video di saluran Youtube rasmi Yoodo.

Dalam video di atas, kita boleh saksikan empat pemain utama iaitu ManParang (Support) , Din Jumper (Scout), Fredo (Rusher) dan Draxx (Fragger) yang menjadi barisan utama skuad ini. Seperti biasa yang berlaku pada lineup terdahulu, ManParang adalah kapten buat skuad tersebut.

Apa yang menariknya mengenai lineup 2020 ini ialah mereka mengekalkan pemain sedia ada yang pernah menyertai Kejohanan PUBG Mobile Peacekeeper Elite 2019 pada 28 hingga 29 Disember.

Dalam kejohanan di Xi’an, China itu, mereka menggalas tempat ketujuh dengan hadiah wang tunai RM48 ribu.

Foto: Youtube Yoodo

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+