Yoodo Gank menarik diri daripada kejohanan Razer SEA-Invitational 2020

Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) sebentar tadi mengumumkan pasukan profesional PUBG Mobile negara, Yoodo Gank menarik diri daripada kejohanan Razer SEA-Invitational 2020.

Difahamkan, Yoodo Gank meluahkan rasa kecewa terhadap penganjuran kejohanan tersebut yang memilih untuk remake pusingan pertama apabila ia dilakukan pada saat akhir dan bukan pada fasa awal permainan. Jadi, ia kelihatan seperti tidak adil bagi pasukan tersebut.

Yoodo Gank juga mendapat persetujuan bersama sebagai satu pasukan untuk menarik diri berikutan mereka tekad dengan pendirian sebagai pasukan profesional. Lantaran juga, mereka berempat ingin bersiap sedia untuk berlatih bagi Liga Dunia PUBG Mobile 2020.

Mereka diwakili oleh:

  • Aiman “Man Parang” Mohamad sebagai kapten
  • Abdul Azim “Draxx” Ikromi Abdul Rashid
  • Muhamad “Jumper” Izzrudin Hashim
  • Ahmad “Fredo” Fuad Razali.

Mengulas mengenai isu team up, Yoodo Gank dan AROV Esports sedia maklum ia boleh dilakukan mengikut buku peraturan dari penganjur. Bagaimanapun, mereka masih kekalkan professionalism sebagai satu pasukan profesional dan format ini sepatutnya tidak digalakkan dalam kejohanan-kejohanan PUBG Mobile akan datang.

Presiden MESF, Dato’ Ananth S. Nathan meluahkan rasa kecewa terhadap berita berkenaan atlet negara ini. Beliau menghormati keputusan pasukan ini malah akan terus melindungi kebajikan atlet-atlet ini dan memastikan penganjur serta persekutuan e-sukan di peringkat Asia Tenggara sedia maklum dengan keputusan dibuat MESF.

Kejohanan Razer SEA Invitational 2020 mengumpulkan penyertaan dari beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Myanmar, Indonesia, Singapura, Filipina, Laos dan lain-lain. 

Selain PUBG Mobile, permainan Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang dipertandingkan.

RELATED NEWS

+