Apa Korang Perlu Tahu Tentang Borderlands: Game of The Year – Borderlands 1 Remastered!

Borderlands: Game of The Year Edition mengembalikan Borderlands 1 yang diperbaharui untuk platform moden dengan kesemua kandungan tambahan (downloadable content) dan peningkatan grafik bertaraf HD dan 4K.

Borderlands adalah sebuah game looter shooter berbentuk role-playing game (RPG) dalam perspektif kamera first-person shooter (FPS) dibangunkan oleh Gearbox Software dan Blind Squirrel Games serta diterbitkan oleh 2K Games yang dikeluarkan pada 2009 di PC, PS3 dan Xbox 360. 

Sejak daripada itu, Borderlands berjaya mencipta fenomena kerana membolehkan 1 hingga 4 pemain bermain bersama-sama melalui mod co-op sepanjang game ini. Siri Borderlands diteruskan lagi dengan sekuel dan prekuel iaitu Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel.

Sempena pengumuman Borderlands 3 bakal hadir pada 13 September, Borderlands: Game of The Year memberi peluang kepada pemain baru untuk mengenali siri Borderlands dan pemain lama bagi merasai kembali pengalaman bermain dalam kualiti berdefinisi tinggi. Inilah segalanya korang perlu tahu tentang Borderlands: Game of The Year Edition.

Apa itu Borderlands: Game of The Year Edition?

Borderlands: Game of The Year Edition mengandungi Borderlands 1 yang membolehkan pemain untuk pilih antara empat askar upahan dengan kelas kebolehan mereka tersendiri iaitu Brick (Berserker), Lilith (Siren), Mordecai (Hunter) dan Roland (Soldier). 

Korang adalah Vault Hunter ditugaskan untuk mencari sebuah peti penuh dengan teknologi alien berkuasa tinggi dipanggil sebagai Vault di dunia tanpa undang-undang dan kering-kontang, Pandora. Korang akan menghadapi pelbagai cabaran melalui naratif utama Borderlands dan misi sampingan lucu tak keri gusi.

Dari segi gameplay, korang akan dihujani dengan segala senjata yang korang boleh bayangkan melalui janaan barangan secara rawak mengikut game RPG, Diablo dan ditambahkan lagi dengan kuasa serangan unik setiap karakter. Combat melalui kereta seperti Mad Max juga ditonjolkan dalam game ini.

Apa yang membezakan Borderlands 1 dan Borderlands: Game of The Year Edition?

Borderlands: Game of The Year Edition akan mempertingkatkan pengalaman Borderlands 1 untuk platform generasi baru iaitu PS4 dan Xbox One. Pengguna PS4 Pro dan Xbox One X boleh menikmati Borderlands dalam 4K Ultra HD dan HDR dengan peningkatan tekstur gaya cel-shaded, pencahayaan dan model karakter lebih terperinci.

Berikut adalah peningkatan terbaru dari segi gameplay yang diterapkan untuk Borderlands: Game of The Year adalah:

  • Peta mini – Penambahan peta mini seperti pernah muncul dalam Borderlands 2 di samping kompas tertera di bawah skrin.
  • Inventori – Sistem inventory membolehkan pemain untuk ‘lock’ senjata atau menandakan sebagai ‘junk’ lalu memudahkan pengurusan barangan.  
  • Kutip automatik – Peluru, duit dan nyawa kini akan diserap oleh pemain secara automatik tanpa memerlukan pemain klik setiap jenis barangan jatuh ke atas lantai setelah membunuh musuh.
  • Bos kuat – Perlawanan bos terakhir juga semakin kuat dan berikan cabaran lebih menarik
  • Senjata Legendary -Terdapat 6 senjata Legendary yang boleh didapati dengan mengalahkan bos atau kumpul Golden Keys.
  • Pengubahsuaian kosmetik – Buat pertama kali, korang boleh ubahsuai penampilan karakter dengan tukar warna baju. Keempat-empat Vault Hunter akan ada kepala kosmetik baru yang tersedia pada permulaan game.

Program SHiFT iaitu sebuah sistem ganjaran siri Borderlands yang mendapatkan Golden Key melalui kod SHiFT juga diadakan dalam edisi ini. Korang boleh menggunakan Golden Key untuk membuka peti yang memberikan senjata dan ganjaran dalam game. Kepada pengguna SHiFT yang pernah main Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel, korang dihadiahkan 75 Golden Keys dan dua senjata baru.

Selain game asal, edisi ini akan mengandungi empat DLC dikeluarkan di samping Borderlands iaitu The Zombie Island of Doctor Ned, Mad Moxxi’s Underdome Riot, The Secret Armory of General Knoxx dan Claptrap’s New Robot Revolution.

Bila Borderlands: Game of The Year Edition nak keluar?

Berita baik kepada pengguna Steam (PC) kerana korang boleh dapatkan peningkatan Borderlands: Game of The Year secara PERCUMA! Tambahan pula, pemilik Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel boleh dapatkan peningkatan grafik berdefinisi 4K Ultra dan HDR secara percuma untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Borderlands: Game of The Year Edition sudah rasmi dikeluarkan pada 4 April 2019 bersamaan hari ini di PC, PS4 dan Xbox One. Nantikan review kami tentang Borderlands: Game of The Year Edition di MyGameOn!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+