Fortnite, Overwatch Dicalonkan Untuk Webby Awards

Fortnite menerima pencalonan Anugerah Webby untuk Best Multiplayer/Competitive Game bersama game lain yang hebat seperti Overwatch. 

Kalau korang nak tahu, Anugerah Webby adalah acara tahunan yang memberi penghargaan kepada Games, Laman Web, Filem & Video dan lain-lain. Untuk tahun ke-22 ini, acara ini memperkenalkan 9 kategori berlainan untuk games dari genre begitu simple hinggalah Fortnite.

Permainan Battle Royale keluaran Epic Games ini pastinya akan berikan saingan sengit kepada pesaing lain tapi kalau korang nak game lain menang, boleh letakkan undi korang di laman web The Webby Awards bermula sekarang hingga 19 April ini.

Senarai game pesaing bagi Fortnite yang dicalonkan dalam kategori Best Multiplayer/Competitive Game:
– Overwatch
– Hearthstone
– Pyre
– Hero Academy 2

Sumber: Comicbook

 

 

RELATED NEWS

+