Kejohanan Moh Skor (FIFA 18), Menangi Hadiah Wang Tunai RM10,000

Bosan dah asyik main FIFA 18 dan ingin cuba kehebatan cuba nasib dalam pertandingan dengan kawan-kawan lain? Janganlah risau, sertailah kejohanan Moh Skor yang mengumpulkan hadiah wang tunai RM50,000! Untuk FIFA 18, sebanyak RM10,000 jadi rebutan! Banyak tu!

Acara ini juga hasil kolaborasi MyGameOn bersama Asia Comic Con dalam usaha mencari bakat baru dalam komuniti FIFA 18 negara. Dah bercerita pasal hadiah, dekat mana nak register ni? Jangan risau, boleh daftar dekat SINI. Klik jangan tak klik! 

Hanya 2 terbaik dari setiap pusingan kelayakan yang dapat menempah slot ke pusingan Grand Final pada 14 Julai ini di Asia Comic Con di Sunway Pyramid Convention Centre. Hah inilah masanya! Selain dapat main FIFA 18 dan rebut wang tunai, korang juga boleh jumpa artis luar negara dan nikmati pengalaman menarik di festival ini!

RELATED NEWS

+