DOTA 2: Geek Fam Juara Asia Pacific Predator League 2018, Bawa Pulang Wang Tunai RM197,000

Geek Fam, korang memang betul juara Asia Pasifik! 

Selepas melayakkan diri ke pusingan akhir, pasukan negara, Geek Fam akhirnya dinobatkan sebagai juara kejohanan Asia Pacific Predator League 2018!

Mereka juara selepas menewaskan pasukan pilihan Indonesia, Boom ID dengan markah 2-1. Kemenangan ini bermakna Geek Fam berjaya membawa pulang wang tunai AS$50,000 (RM190,000) dan juga memenangi 5 laptop Acer Helios Predator 300.

Sementara itu, naib juara iaitu Boom ID dari Indonesia berpuas hati dengan wang kemenangan RM98,400 dan tempat ketiga dimenangi Quid Pro Quo dari Filipina, membawa pulang wang tunai RM59,000.

Perlawanan penuh bagi Geek Fam boleh disaksikan di laman Facebook mereka di SINI. Tahniah Geek Fam! Korang memang terbaiklah! Malaysia Boleh!

ANDREW Hou (empat dari kiri)

Presiden Acer Asia Tenggara, Andrew Hou juga meluahkan rasa teruja dengan penganjuran kejohanan kali ini dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia.

Pendedahan lebih menarik kemudian diumumkan Pengarah Pengurusan Acer Thailand, Alan Chiang yang mengatakan Asia Pacific Predator League 2019 akan diadakan di Bangkok, Thailand dengan jumlah pasukan yang menyertai lebih besar daripada tahun ini.

Asia Pacific Predator League 2018 yang dibawakan oleh Acer mengumpulkan pasukan Dota 2 dari 8 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Hong Kong, India dan Sri Lanka dalam merebut wang tunai AS$150,000 yang berlangsung sehingga Ahad.

Team MyGameOn mengucapkan terima kasih kepada Acer Malaysia atas peluang diberikan untuk menyaksikan kejohanan berprestij ini. Indonesia sememangnya negara yang sangat supportive dalam e-sukan dan komunitinya sangat besar! Terima kasih Indonesia!

RELATED NEWS

+