DOTA 2: Virtus Pro Menang The Kuala Lumpur Major

Pada pusingan Grand Final The Kuala Lumpur Major yang berlangsung sejak Jumaat lalu, kita menyaksikan wakil dari Rusia, Virtus Pro berjaya menjuarai kemenangan Major pertama mereka untuk Dota Pro Circuit musim 2018-2019!

Di Axiata Arena, Bukit Jalil, ribuan peminat menyaksikan detik kegemilangan ini di mana Virtus Pro menang 3-2 ke atas skuad Eropah, Team Secret yang turut dianggotai anak Malaysia, Yeik Nai Zheng (MidOne).

Team Virtus Pro dianggotai oleh Roman Kushnarev (RAMZES666), Vladimir Minenki (No[o]ne), Pavel Khvastunov (9Pasha), Vladimir Nikogosyan (RodjER) dan Alexei Berezin (Solo).

Hasil kemenangan itu, mereka membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai terkumpul USD350,000 (RM1.47 juta) dan 4,950 DPC points! Tahniah diucapkan kepada mereka!

Ramzes666 menjulang trofi

Korang boleh saksikan kesemua perlawanan berlangsung di Twitch PGL Dota 2.

The Kuala Lumpur Major mengumpulkan 16 pasukan berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul USD 1 juta (kira-kira RM4.19 juta) dan 15,000 mata Dota Pro Circuit. 

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama PGL dan Imba TV bermula Jumaat hingga Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil dan merupakan Major Dota 2 pertama di Malaysia!

RELATED NEWS

+