MARVEL Super War: Game MOBA Adiwira Marvel Pertama Hadir Di Mobile!

Marvel dan NetEase Games memperkenalkan game Marvel mobile terbaru bertajuk MARVEL Super War yang mana menampilkan pertarungan multiplayer online battle arena (MOBA) di Android dan iOS.

Dalam game ini, korang boleh pilih senarai adiwira Marvel kegemaran korang seperti Thor, Captain America, Iron Man, Hulk, Black Widow dan ramai lagi seramai 5 orang dalam satu pasukan iaitu mengikut gaya permainan MOBA popular, Mobile Legends.

MARVEL Super War masih belum dilancarkan sepenuhnya tetapi berita baik buat pemain di Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan Thailand! MARVEL Super War melancarkan ‘closed beta test’ yang sudah berlangsung sekarang sehingga 10 Jun 2019.

Korang boleh ajak geng dan bentuk pasukan Avengers korang tersendiri di Android dan iOS (melalui TestFlight). Buat masa sekarang, server mungkin penuh untuk korang sertai. Harap-harap korang bersabarlah menunggu ya.

Untuk maklumat lanjut tentang MARVEL Super War, korang boleh layari Facebook dan Instagram mereka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+