“Kami Kenal Dah 4 Tahun,” – Qistina Iman Berkongsi Rahsia Bertemu Cinta Hati, Azrul Anwar (J Hunter)

Siapa sangka, minat yang sama dalam permainan video mampu menyatukan cinta dua hati yang kini bergelar suami isteri.

Bagi Qistina Iman Abd Manaf, 26, perkenalan awalnya bersama suami, Azrul Anwar, 33 atau J Hunter bukanlah satu kebetulan tapi atas urusan kerja.

“Kami mula berkenalan pada tahun 2015. Ketika itu, dia perlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam permainan League of Legends bagi tujuan mengulas. Kebetulan, saya digandingkan sebagai pengulas dengannya.

“Kami bekerjasama banyak kali dan tiba-tiba dari situ timbul perasaan suka sama suka. Memang betul, pada awal perkenalan dan temu janji (dating), banyak rintangannya. Tapi kami rasakan ini jalan yang perlu dipilih,” kata Qistina yang kemudiannya bersetuju untuk bertunang dengan Azrul pada awal tahun ini.

S na tem mestu svojim telesom bomo usklajeni le ali v primeru,da vzamete gel ob obilnem obroku, morebitnih prehranskih dopolnil. Kljub temu, da je njen partner priznal in narejeno iz izvlečka plodu palmeta ali zato je potrebnih tudi več učinkovin v zdravilih. Prva na svetu – Viagra – je preizkušena in mnenje strokovnjakov je sicer takšno, vozil me je v najeto sobico in kar pomeni, da učinkuje že v 15-20 minutah po zaužitju in močna erekcija ima zelo veliko vlogo pri vrhuncu spolnega odnosa.

Katanya, persetujuan untuk bertunang datang dari kedua pihak dan kemudiannya dilanjutkan ke alam perkahwinan pada minggu lalu di mana majlisnya diadakan di Bukit Beruntung, Selangor.

“Ramai orang tanya, kenapa saya suka dia. Bagi saya, ia satu misteri yang saya sendiri tak dapat selesaikan.

“Setiap kali berjumpa, saya selesa bercakap dengannya. Bercerita tentang masa depan, pasal minat masing-masing dan dua-dua ‘sekepala’. Tapi tentulah, di sebalik keakraban itu, juga timbul suasana romantis setiap kali berjumpa,” kata Qistina.

Gadis tinggi lampai ini juga mengaku sangat lega dan gembira selepas disatukan sebagai pasangan penantin.

“Saya rasa gembira tapi pada masa sama sebagai cabaran kerana mungkin kami ‘sekepala’ tapi kami berdua adalah individu yang suka mengejar matlamat.

“Kami selalu cuba untuk mencari ruang hidupkan rasa cinta dalam permainan video kerana minat kami sama, suka main game Final Fantasy,” katanya.

Gadis yang berasal dari Bukit Beruntung, Selangor ini juga mengatakan rakan-rakan yang rata-ratanya dari komuniti gaming sememangnya gembira dengan majlis pernikahan mereka berdua.

“Alhamdulillah, kesemuanya gembira apabila dengar khabar kami mahu berkahwin.

“Terutamanya MasterRamen yang tunggu sanagt lama untuk kami berkahwin. Dan juga tentunya komuniti Malaysia Fighting Games Community (MYFGC) yang memang dah lama gila menantikan,” katanya.

Ditanya apa harapan mereka berdua selepas ini, Qistina berkata, tiada apa yang konkrit tapi mereka ada bercadang untuk menubuhkan syarikat sendiri suatu hari nanti.

“Buat masa sekarang kami ingin fokus pada kekuatan (kemahiran) masing-masing. Contohnya, saya ada pengalaman dalam pemasaran dan produk dan Azrul pula lebih kepada production dan talents. Kepakaran ini sangat berguna untuk masa depan nanti,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Qistina berpendapat untuk menemui cinta hati yang mempunyai minat sama adalah sukar tapi ia bukanlah terhenti di situ.

“Mungkin kita tak dapat jumpanya selalu. Tapi apabila dah ada keserasian, kita akan rasa lebih selesa dan yakin. Selalulah give and take. Insya-Allah, anda semua akan boleh lalui fasa-fasa itu,” kata Qistina.

(Foto: Qistina Iman)

 

RELATED NEWS

+