Tahun baru buat anime dan lebih banyak lagi anime baru yang akan datang atau bersambung.
10 anime korang patut tengok tahun 2025!
1. Sakamoto Days
Anime aksi komedi ini menceritakan seorang pembunuh upahan paling hebat yang kini berpencen untuk hidup secara normal.
Tetapi banyak masalah baru kian mendatang membuatkan Sakamoto tidak dapat hidup seperti normal iaitu hanya menjadi tauke kedai runcit sambil menjaga isteri dan anak perempuan kesayangannya.
2. Fire Force Musim 3 Bahagian 1
Pengakhiran Fire Force akan hadir tidak lama lagi.
Kali ini akan menyambung penceritaan Shinra dan ahli Fire Force lain yang perlu berlawan dengan White-Clad untuk menyelamatkan dunia.
3. The Beginning After the End
Adaptasi manhwa terkenal, menceritakan King Grey yang mati tetapi dihidupkan semula di Dicathen sebagai Arthur Leywin.
Arthur kini hanya mahu hidup bersama-sama keluarganya tetapi menyedari banyak bahaya lebih besar di luar sana dan sebenarnya terdapat lagi orang lain yang juga dihidupkan semula.
4. Dr.Stone Science Future
Sambungan dari Kingdom of Science di mana Senkuu dan Tsukasa perlu membina kapal angkasa untuk mengembara ke ‘Why Man di Bulan!
Pengakhiran buat anime Dr.Stone.
5. Honey Lemon Soda
Satu anime shoujou menceritakan Ishimori Uka, seorang yang sangat pemalu dan sukar untuk membuat kawan.
Semuanya berubah apabila dia bertemu Miura Kai yang mempunyai rambut bewarna lemon dan hadir ke sekolah menengah yang sama dengannya.
Dia kini mahu menambah lebih ramai kawan dan tidak mahu lagi menjadi seorang yang pemalu.
6. Solo Leveling Musim 2 – Arise from the Shadow
Bersambung terus selepas pengakhiran musim pertama.
Musim baru Solo Leveling akan mengadaptasi arc ‘Red Gate’ dan berkemungkinan akan bersambung ke Jeju Island Arc.
7. Miru: Paths To My Future
Pada masa hadapan manusia berjaya mencipta robot yang diberikan nama MIRU.
Ia adalah robot yang mampu merentasi masa, melawat era-era lain, tempat dan juga dunia selari.
Lain daripada robot lain MIRU tidak mempunyai senjata sebaliknya membantu manusia dengan aman tanpa kekejaman.
8. My Hero Academia: Vigilantes
Siri spin-off buat My Hero Academia.
Menceritakan dunia disebalik hero-hero di mana terdapat beberapa hero ‘haram’ yang masih mahu menjadi hero tetapi sebaliknya menjadi vigilante.
Koichi Haimawari seorang lelaki muda yang tidak mempunyai lesen hero tetatpi mahu membantu orang lain dengan Quirk-nya.
9. Re: Zero Musim 3 Bahagian 2
Penyambungan untuk Musim ketiga Re:Zero di mana Counterattack Arc akan terjadi.
Adakah Subaru mampu menyelamatkan semua orang dari serangan Archbishop?
10. GACHIAKUTA
Menceritakan Rudo yang dituduh membunuh.
Dia dibuang ke The Pit yang dianggap tiada apa-apa tetapi itu sebenarnya adalah permukaan Bumi yang sudah rosak.
Tempat yang dia tinggal dahulu adalah tempat yang berada jauh di atas langit.
Anime tahun ini yang manakah akan ditunggu-tunggu?