10 Game terlebih hype tapi biasa-biasa sahaja

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Banyak permainan video yang keluar dan sentiasa penuh hype dan membuatkan ramai mahu mencubanya.

Tetapi tidak semuanya bagus dan hanya indah khabar dari rupa.

Ini 10 Game terlebih hype tapi biasa-biasa sahaja:

1. Callisto Protocol

Permainan ini dilupakan terus kerana hilang dan tutup ketika dilancarkan.

Ramai sangat kagum dengan apa yang ditunjukkan kepada bakal pemain dan ramai menjangkakan ia hebat.

Visual permainan ini sangat menarik di mata tetapi gameplay yang biasa membuatkan ramai tidak sukakan game ini.

Nampak seperti Deadspace tetapi bukan.

2. Evolve

Evolve sudah mempunyai konsep yang sangat menarik.

2K dan Turtle Rock Studio mengatakan Evolved bakal menjadi Left 4 Dead baharu dan lebih ramai orang akan main.

Tetapi masa ini, transaksi mikro dalam permainan video tersangat teruk dan Evolve membuat beberapa keputusan yang tidak disukai oleh pemain dengan pembayaran berlebihan.

3. Nickelodeon All Star Brawl

Pada tahun 2021 ramai sudah muak dengan Smash Bros, tetappai dengan datangnya permainan ini ramai menyangkakan ia akan menjadi besar.

Bukan disebabkan permainan ini teruk tetapi tidak banyak yang anda boleh buat mungkin disebabkan bajet yang ada.

4. Duke Nukem Forever

Hype disebalik Duke Nukem Forever sangat tinggi kerana permainan video yang sebelumnya seronok untuk dimainkan.

Tetapi Duke Nukem Forever yang mengambil masa 14 tahun dan disebabkan ini.

Mekanik dalam permainan ini tidak sebagus yang disangka dan komedi yang dicipta dalam permainan ini seperti lawak yang di luar zaman.

5. Order 1886

Dikeluarkan untuk menunjukkan kuasa PlayStation 4 dan ramai menjangkakan permainan ini bakal berjaya.

Grafik permainan ini masih cantik untuk dilihat tetapi masalah gameplay dan penceritaan menjadikannya sangat bosan.

6. Spore

Dikatakan menjadi Sim City dan The Sims seterusnya dan ramai orang sangkakan permainan ini akan menjadi popular.

Anda bermula sebagai seekor sel sehingga kepada menjajah planet lain yang berbunyi sangat hebat.

Tetapi Spore tidak mempunyai apa-apa yang lebih dan hanya berulang perkara sama dari sel sehingga menjajah planet lain.

7. Battleborn

Malang tidak berbau kerana dia dilancarkan dekat dengan masa Overwatch muncul.

Walaupun dengan rekaan karakter yang menarik tetapi mati begitu sahaja disebalik bayang-bayang Overwatch.

Battleborn ditutup pada tahun 2021.

8. Marvel’s Avengers

Ramai menantikan permainan ini disebabkan anda boleh menjadi superhero Avengers.

Tetapi rekaan permainan ini sebagai service game membuatkan ramai tidak sukakan permainan ini dan anda perlu bermain semata-mata untuk membuat tugasan dan menghabiskan battle pass.

Ditambah lagi dengan pelbagai pepijat dan isu-isu yang membuatkan pemain tidak mahu lagi bermain.

9. Babylons Fall

Dikeluarkan oleh Platinum Games disebalik Bayonetta dan Nier.

Tetapi Babylons Fall memerlukan live service multiplayer yang bersambungan dan perlu dimain setiap hari.

Tiada apa yang luar biasa dilakukan untuk menarik minat pemain-pemain.

10. Haze

Ramai menunggu permainan ini kerana studio Haze adalah disebalik pencipta Time Splitters.

Haze dikatakan bakal menjadi lawan buat Halo.

Apabila dikeluarkan Haze tidaklah sehebat disangka dan hanya permainan biasa-biasa sahaja.

RELATED NEWS

+