Steam Winter Sale kembali untuk tahun ini dan sudah pun bermula 19 Disember lepas dan akan berakhir pada 2 Januari tahun hadapan.
Terdapat banyak permainan video yang mendapat potongan harga besar.
Ini beberapa permainan video yang patut dibeli ketika Steam Winter Sale 2024:
1. It Takes Two – RM27.80 (80% potongan harga)
It Takes Two penerima anugerah Game of The Year 2021 adalah permainan dimana anda boleh mengawal dua karakter dengan bermain bersama rakan atau insan tersayang dalam dunia yang penuh teka-teki dan pancaroba.
2. Helldivers 2 – RM199.20 (20% potongan harga)
Anda bakal bermain sebagai Helldivers untuk berlawan demi mendapat kebebasan dari serangan dari serata galaksi.
3. Baldur’s Gate 3 – RM175.20 (20% potongan harga)
Penceritaan RPG dalam dunia Dungeon & Dragons di mana anda bakal membuat pengembaraan dan penceritaan anda sendiri.
4. Mad Max – RM5.70 (85% potongan harga)
Bermain sebagai Mad Max seorang hero di dalam dunia pasca kiamat.
5. Okami HD – RM22.92 (75% potongan harga)
Pemain akan menjadi Amaterasu yang menceritakan mitologi Jepun yang dikatakan adalah kehidupan semula Shiranui serigala putih yang pernah berlawan dengan Orochi 100 tahun dahulu.
6. Star Wars Jedi: Fallen Order – RM15.90 (90% potongan harga)
Anda akan menjadi seorang Padawan yang perlu menghabiskan latihannya untuk menjadi seorang Jedi.
Tetapi dia juga antara jedi yang tinggal selepas Order 66 oleh Empire.
7. Vampire Survivors – RM10.49 (30% potongan harga)
Vampire Survivors adalah permainan survivor bullet hell di mana anda boleh memilih beberapa karakter yang anda mahu untuk survive selama mungkin.
8. Elden Ring – RM119.40 (40% potongan harga)
Jadi Elden Lord di dalam Lands Between dalam permainan aksi RPG fantasi.
9. Metro Exodus – RM9.39 (90% potongan harga)
Di dalam dunia yang sudah mengalami banyak kehancuran anda kini berada di Moscow Metro.
Anda perlu mengembara untuk keluar dari Moscow Metro.
10. Monster Hunter 20th Anniversary Pack – RM73.00
Dua permainan video dalam satu iaitu Base Game Monster Hunter Worlds dan Monster Hunter Rise.
Inilah masanya untuk anda masuk ke dunia Monster Hunter menjadi Hunter yang perlu mengalahkan Monsters untuk menjaga ekosistem dunia Monster Hunter.
Apa lagi game yang patut dibeli ketika Steam Winter Sales?