10 In-Game Skin paling mahal dalam permainan video

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pembelian skins dalam permainan video sudah menjadi norma yang tidak dirasakan pelik lagi dalam permainan video.

Walaupun hanya digital tetapi ramai pemain-pemain akan tetap membeli skins semata-mata untuk mencantikkan lagi karakter permainan video kegemaran mereka.

Malah ada orang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit hanya untuk membeli skin mahal.

Senarai ini hanya untuk skin yang boleh dibeli di kedai dalam permainan video dan beberapa skin yang kini tidak lagi boleh dibeli.

Ini 10 In-Game Skin paling mahal dalam permainan video:

1. Heirlooms – Apex Legends (RM2,000)

Apex Legends Heirlooms list: How to get Heirloom Shards - Dexerto

Apex Legends – Respawn Entertainment

Pada musim ke-21 Apex Legends, Respawn Entertainment mengeluarkan artifak yang digelar heirlooms iaitu skin eksklusif untuk setiap hero.

Masalahnya apabila Heirlooms berada disebalik kotak lootbox dimana kos sebenar untuk mendapat satu heirloom boleh mencecah RM2,000 jika anda tidak bernasib baik.

2. Ahri Faker Skin – League of Legends (RM2,355)

Hall of Legends Faker Ahri – Riot Games

Antara skin terbaru yang menjadi kontroversi League of Legends kerana terlalu mahal.

Skin ini adalah skin untuk acara Hall of Legends dimana skin legasi ini adalah bersempena pemain lagenda Faker.

Skin Ahri ini beharga AS$500 (RM2,355) di mana anda akan mempunyai skin Ahri yang mempunyai pelbagai animasi dan barangan custom yang lain.

3. Samsung Galaxy Skin – Fortnite (RM5,888)

Starting Now, Galaxy Users Will Have Advance Access to Fortnite Beta on  Android

Samsung Galaxy Skin – Samsung & Fortnite

Skin ini menjadi mahal kerana hanya satu cara untuk mendapatkan skin ini hanya dengan bermain tiga perlawanan Fortnite menggunakan Galaxy Note9 atau Tab S4 sahaja.

Ini membuatkan skin ini sangat sukar untuk dijumpai kerana jaranglah ada pemain yang mahukan skin ini akan membeli peranti semata-mata untuk mendapatkan skin Samsung Galaxy ini.

Promosi ini dibuat atas kolaborasi Samsung dan Epic Games.

4. Blue Party Hat – RuneScape (RM9,420)

Blue partyhat - The RuneScape Wiki

RuneScape – Jagex

Skin ini adalah kosmetik lama yang sudah diberikan kepada pemain RuneScape dua dekad lepas untuk acara Krismas.

Tetapi sejak itu, topi ini tidak lagi dikeluarkan dalam RuneScape sehingga menjadi topi untuk menunjukkan kekayaan anda dalam RuneScape.

5. The Golden Frying Pan – Team Fortress 2 (RM28,260)

Steam Community :: Video :: TF2 Golden Frying Pan

Team Fortress 2 – Valve

Team Fortress 2 adalah skin yang memerlukan anda untuk bukan sahaja topup yang banyak tetapi juga bernasib baik.

Skin ini juga boleh membuat musuh anda menjadi patung emas apabila mati.

6. AK-47 Case Hardened – Counter-Strike 2  (RM330 – RM 1.88 juta)

CS2 skin worth around $1 million finally discovered after 10 years: AK-47  Blue Gem - Dexerto

Counter-Strike 2 – Valve

Skin Counter-Strike sentiasa mempunyai harga yang berubah-ubah mengikut permintaan.

Tetapi skin Case Hardened ini juga memerlukan nasib yang baik kerana tekstur permata biru ini akan membuatkan Ak-47 boleh menjadi tersangat mahal.

7. Phased Tigris Skin – Warframe (RM2,062)

The Most Expensive In-Game Skins You Can Purchase

Warframe – Digital Extremes

Tigris adalah shotgun dalam Warframe yang boleh mengenakan damage tinggi.

Skin ini digelar Phased Tigris kerana mempunyai warna biru beranimasi kepada shotgun itu.

Disebabkan tertalu popular skin ini hanya boleh didapati di Steam Marketplace sahaja.

8. Olive Branch Pan – PUBG (RM8,243)

New PUBG Pan Skin Was Stolen From Somebody On Reddit

PlayerUnknown’s Battlegrounds

Kuali ini mahal disebabkan kesusahan untuk mendapatkan skin ini tersangat lah rendah iaitu dengan hanya 0.0009% peluang sahaja untuk mendapatkan skin ini.

Senjata klasik ini juga antara senjata melee yang menjadi kegemaran ramai pemain PUBG.

Olive Branch pan pertama dahulu hanya dijual dengan harga RM742 sahaja.

9. Punishment Mask – Rust (RM8,478)

Steam Market – Rust

Skin dari Rust ini menjadi sangat mahal kerana tidak boleh dibeli lagi.

Punishment Mask hanya dijual selama tiga jam sahaja kerana melanggar akta hak cipta.

Disebabkan ini hanya 300 sahaja topeng ini terjual sekaligus menyebabkan skin ini adalah antara yang paling sukar untuk dijumpai dalam Rust.

10. Legacy Ethereal Flames War Dog – Dota 2 (RM8,949)

Someone bought a Dota 2 courier for $38,000 | Eurogamer.net

Dota 2

Couriers walaupun tidak digunakan untuk hero anda tetap menjadi antara skin paling diminati ramai dalam Dota 2.

Legacy Enduring War Dog ini dijual dengan angt mahal kerana mempunyai efek tambahan paling sukar untuk dijumpai iaitu Ethereal Flame berwarna Merah Jambu yang pernah dijual dengan harga AS$38,000 (RM179 ribu) pada tahun 2013.

Apa lagi skin dalam permainan video yang anda rasa sangat mahal?

RELATED NEWS

+