Anda sudah pasti pernah merasa perasaan ini dan perangai anda sebagai seorang gamer pasti tidak akan terlepas dari melakukan perkara-perkara sebegini.
Dari banyak sangat membunuh raksasa sehingga menyelamatkan permaisuri, kadang anda sendiri sebagai pemain boleh menjadi musuh untuk diri sendiri.
Sudah pasti perangai yang wujud ini sangat susah untuk dibuang.
10 Perangai Para Gamers Tak Boleh Tinggal:
1. Ambil Semua
Banyak permainan video mempunyai fungsi inventori yang sangat besar dan disebabkan ini, ramai yang menjadikan perangai kutip semua barang satu rutin.
Namun perkara ini akan memakan diri sendiri apabila inventori anda terlalu penuh sehingga tiada ruang lagi untuk barang-barang lain yang lebih berguna.
Kalau boleh perangai ini jangan dibawa ke realiti.
2. Cari Rahsia
Tiada rahsia yang menjadi rahsia untuk pemain.
Tidak kira la kotak rahsia atau quest rahsia akan ada seorang para pemain yang pasti akan menjumpainya.
3. Guna satu kombo sahaja
Ini adalah masalah para pemain permainan video berlawan.
Anda tidak mahu belajar kombo lain sebaliknya mencari satu kombo yang mudah dan kuat untuk anda guna sepenuhnya tanpa memikirkan apa-apa.
4. Pintas segalanya
Sudah pasti ada juga pemain yang tidak menyukai penceritaan tetapi masih mahu bermain permainan video.
Jadi apa anda buat? Skip segalanya dan butang skip tu bagaikan emas.
5. Terlebih Bersedia
Level karakter anda perlu maksima? Ada semua posyen dan item untuk membantu?
Pasukan anda penuh kuasa? Akhirnya anda sudah bersedia untuk berlawan dengan bos kuat.
Namun anda dikecewakan kerana bos itu tidak sekuat anda sangka.
Inilah yang terjadi apabila anda terlalu bersedia dalam permainan video dan perangai ini boleh membawa positif dan negatif.
6. Pandang rendah terhadap air dan paya
Air dan paya sudah menjadi norma dalam permainan video untuk tempat yang sangat menyusahkan.
Namun, ramai pemain suka pandang rendah dengan level sebegini dan tidak berhati-hati.
Penangannya ialah anda akan mati dalam tempat yang anda rasa tidak berbahaya langsung.
7. Tidak guna senjata paling kuat dalam permainan video
Ada masa anda sebagai pemain hanya menggunakan pedang yang digemari saja.
Pedang itu tidak kuat tetapi ramai masih mengadu permainan itu susah untuk dikalahkan.
Sudah semestinya susah apabila anda tidak menggunakan senjata yang paling kuat untuk didapati.
Tetapi ada juga pemain yang mahu mengatasi kesusahan dengan menggunakan senjata yang paling lemah untuk bermain.
8. Rutin Harian
Jika permainan itu terlalu banyak dimain, sudah pasti akan menjadi rutin harian anda.
“Alamak saya tidak mahu terlepas quest harian?”
Sudah menjadi rutin harian anda untuk bermain setiap hari seolah-olah itu adalah kerja rumah yang anda perlu habiskan.
Jika terlepas sehari anda akan rasa tidak senang.
Tetapi anda perlu berjaga-jaga kerana perkara ini boleh membawa kepada ketagihan.
9. Nak semua Achievement
Anda mesti ada mengenali rakan anda yang sangat suka mengejar achievement.
Tidak kiralah achievement jenis apa sudah pasti yang paling penting anda perlu mendapatkan 100% kejayaan untuk permainan video anda.
Mungkin anda sejenis orang yang sukakan kesempurnaan dan mungkin anda dapatkan achievement hanya untuk menunjuk.
10. Sekali lagi
Ini adalah masalah majoriti pemain yang sangat suka bermain permainan multi-pemain.
MOBA dan FPS banyak menjadi mangsa dengan perkataan ‘satu lagi’. Anda kalah dan kalah namun tetap mahukan kemenangan dan mengatakan satu sahaja lagi.
Akhirnya dari menjadi satu, sesi anda bermain menjadi beberapa permainan dan berjam-jam lamanya.
Apa lagi perangai anda ketika bermain permainan video yang anda tidak boleh tinggal?