10 permainan mudah alih yang harus anda cuba!

Selain dari hanya bermain PUBG Mobile dan Mobile Legends Bang Bang apa kata kita cuba bermain permainan lain pula?

Walaupun telefon pintar di Malaysia dikuasai PUBG Mobile dan MLBB namun terdapat banyak lagi permainan video lain yang boleh bersaing dan seronok untuk dimain.

Malah ada juga yang mempunyai kualiti permainan video AAA. Dari genre RPG ke genre kasual, banyak sebenarnya yang mungkin akan menarik minat anda.

Kebanyakan permainan video di senarai dibawah adalah percuma untuk dicuba dan dimuat turun.

Jom tengok 10 Permainan video di telefon pintar yang harus anda cuba!

1. Genshin Impact

Genshin Impact hadir dengan satu tahap kualiti yang baru untuk permainan video di telefon pintar. Kualiti AAA dengan grafik dan sistem berlawan yang sangat lancar tanpa apa-apa halangan.

Malah penceritaan dan juga muzik yang digunakan adalah sangat menarik dan lagu yang sedap didengar.

Tidak lupa juga dunia terbuka Genshin Impact yang digelar Teyvat kini juga mempunyai tiga kawasan besar baru. Lebih banyak kandungan menanti anda!

2. Monument Valley 2

Monument Valley tidak asing lagi sebagai antara permainan video teka teki paling cantik dan comel.

Anda akan mendengar musik-musik yang mengasyikkan serta menyelesaikan masalah teka teki yang menarik  dan mempesonakan.

3. Albion Online

Albion Online adalah permainan video MMO yang rentas pelantar. Anda boleh bermain dimana-mana platform yang anda suka dan masih boleh bermain dengan rakan anda.

Ia banyak menggunakan konsep guild dan dunia terbukanya yang sangat besar untuk anda kemana-mana.

Sistem berlawannya juga sangat menarik apabila anda beramai-ramai berusaha untuk mengalahkan bos yang susah.

4. Apex Legends Mobile

Akhirnya, Apex Legends kini tiba ke telefon pintar. Apex Legends sekarang hanya dalam beta terbuka, namun dijangka akan keluar hujung tahun ini di Android dan iOS.

Apex Legends adalah permainan video battle royale seperti PUBG tetapi dengan kuasa seperti karakter Overwatch.

Boleh dikatakan antara hero shooter yang berjaya ketika ini untuk genre ini.

Jangan lupa daftar untuk bermain di peranti pintar anda, buat masa ini di Android.

5. Path of Exile Mobile

Path of Exile tidak asing lagi sebagai antara permainan video online RPG yang popular di serata dunia. Dengan kelas yang berbeza anda boleh memilih kelas kegemaran atau yang mana menarik minat anda untuk dicuba.

Anda boleh mengembara untuk masuk ke dungeon dan juga menguatkan karakter anda. Apa yang membezakan cuma cara mengawal karakter anda.

Tetapi nyata versi telefon pintar ini sama seperti Path of Exile di PC.

6. Punishing Gray Raven

Punishing Gray Raven (PGR) merupakan permainan video aksi yang memerlukan refleks yang tinggi untuk bermain. Setiap karakter mempunyai senjata dan kelebihan masing-masing mengikut gred karakter anda.

Dari DPS, healer dan tanker malah anda juga yang boleh menyerang dari jarak jauh. Punishing Gray Raven baru-baru ini datang sebagai alternatif untuk pemain Genshin Impact dan Honkai Impact 3rd.

Namun PGR berjaya menjadi unik untuk diri mereka sendiri dengan sistem senjata dan sistem skill karakter yang nyata sangat unik untuk dicuba.

7. Sky: Children of the Light

Sky: Children of the Light merupakan permainan video dunia terbuka sosial.

Anda boleh bersama-sama rakan anda mengembara ke seluruh dunia dengan setiap dunia yang cantik dan mempunyai pemandangannya sendiri.

Cuba selesaikan teka-teki, buat kawan baru dan juga tolong orang lain di dalam pengembaraan mereka.

Permainan video ini pasti akan membuat anda tersenyum.

8. League of Legends: Wild Rift

Sudah semestinya akan ada MOBA untuk senarai ini.

League of Legends: Wild Rift adalah versi telefon pintar untuk League of Legends di PC.

Mungkin permainan mudah alih ini mempunyai sedikit learning curve yang tinggi untuk orang ramai namun jika anda cuba untuk mempelajari setiap champion dalam versi ini sebenarnya lebih mudah dari versi PC.

Jangan lupa cari champion kegemaran anda untuk dicuba!

9. Yu-Gi-Oh! Duel Links

Yu-Gi-Oh! Duel Links tidak asing lagi untuk peminat Yu-Gi-Oh!. Namun versi telefon pintar ini mudah untuk dimain oleh semua orang.

Anda tidak perlu lagi membawa kad-kad untuk berlawan dengan rakan-rakan anda. Cuma ada Duel Links untuk bermain dengan kawan.

Mungkin Yu-Gi-Oh! Duel Links akan nampak sukar kerana setiap kad mempunyai efek dan kombo masing.

Namun Yu-Gi-Oh! Duel Links mampu untuk membuat anda berfikir sejenak.

10. Pokemon Unite

Satu lagi MOBA yang akan datang nanti. Pokemon Unite adalah MOBA terbaru akan datang September ini ke peranti pintar.

Sama seperti MOBA yang lain cuma kali ini anda boleh menggunakan barisan Pokemon yang anda untuk berlawan dengan pihak lawan dalam permainan mengumpul mata.

Setiap perlawanan akan menjadi lebih panas apabila 10 Pokemon serentak berlawan dengan kuasa masing-masing.

Setakat ini 10 permainan video yang perlu anda cuba!

Apa lagi yang anda rasa patut masuk dalam senarai ini?

RELATED NEWS

+