12 Pasukan Free Fire layak ke perlawanan akhir Free Fire Malaysia Championship 2021

Fasa Peringkat Kumpulan Free Fire Malaysia Championship 2021 (FFMC 2021) telah berakhir.

12 pasukan teratas akan layak ke Perlawanan Akhir pada 31 Julai ini dan bakal  merebut wang jumlah hadiah terkumpul sebanyak RM136,400.

18 pasukan sudah berentap untuk mendapatkan 12 posisi terbaik dan didahului oleh Auto Knock Out yang mendominasi pasukan-pasukan lama seperti Geek Fam, Blacklist International dan juga Sem9.

Geek Fam, Sem9 dan Auto Knock Out masing-masing kumpul lebih 400 mata.

Kesemua pasukan yang layak akan bertempur Sabtu ini dan merebut peluang untuk hadiah wang terkumpul RM136,400 sekaligus menjadi juara FFMC 2021.

12 Pasukan yang layak ke perlawanan akhir FFMC 2021 kali ini:

Adakah Geek Fam akan memegang kejuaraan mereka kali ini? atau AutoKnockOut akan menafikan Geek Fam sebagai juara tahun ini?

Setiap peminat yang melihat perlawanan akhir ini juga bakal mendapat beberapa ganjaran jika dapat mencapai 3 milestone.

Peminat bakal mendapat kod ganjaran Xtreme Gun Crate apabila mencapai 20 ribu penonton, Fight or Flight lootbox pada 25 ribu penonton dan bag Black Dragon dengan 30 ribu jumlah penonton!

Nantikan 31 Julai ini pukul 1 petang di laman rasmi Free Fire di Facebook dan juga Youtube.

RELATED NEWS

+