13 Mobile Games Dibuang Daripada Google Play Store Kerana Ada Malware

Sebanyak 13 mobile game berunsur perlumbaan kereta telah disingkirkan daripada gedung jualan Android, Google Play Store kerana disyaki wujudnya malware.

Laporan oleh Mashable mengatakan game-game berbahaya telah dimuat turun lebih daripada 560,000 kali menurut kata pengkaji sekuriti Lukas Stefanko pada minggu ini.

Stefanko mendedahkan kesemua aplikasi ini datang daripada seorang developer bernama Luiz O Pinto. Jika game ini dimuat masuk ke dalam telefon pintar, aplikasi ini akan menyuruh pengguna untuk install fail APK tambahan dipanggil “Game Center”. Aplikasi ini bertindak sebagai satu penyamaran untuk menyembunyikan malware yang memaparkan iklan ketika telefon pintar dibuka.

Lebih teruk lagi, semua game ini adalah palsu dan dua game berjaya menduduki carta Trending Apps di Play Store. Berikut adalah senarai game penuh yang boleh memasang malware di dalam telefon korang:

  • “Truck Cargo Simulator”
  • “Extreme Car Driving Racing”
  • “City Traffic Moto Racing”
  • “Moto Cross Extreme Racing”
  • “Hyper Car Driving Simulator”
  • “Extreme Car Driving City”
  • “Firefighter — Fire Truck Simulator”
  • “Car Driving Simulator”
  • “Extreme Sport Car Driving”
  • “SUV 4×4 Driving Simulator”
  • “Luxury Car Parking”
  • “Luxury Cars SUV Traffic”
  • “SUV City Climb Parking”

Google mengambil langkah berjaga-jaga dan telah membuang semua aplikasi daripada gedung. Jurucakap Google berkata, “Keutamaan kami adalah menyediakan pengalaman selamat untuk pengguna kami. Kami menghargai laporan pengkaji dan usaha mereka bagi membantu Google Play menjadi lebih selamat. Aplikasi-aplikasi ini telah melanggar polisi dan telah disingkirkan daripada Play Store.”

Ini bukan pertama kali Google telah diserang oleh malware. Sebelum ini, 300 aplikasi di Google Play Store menyembunyikan malware dipanggil sebagai WireX yang memalsukan trafik internet dan menyaratkan server laman sesawang. Kira-kira 70,000 pengguna Android terjejas dengan serangan malware ini. 

Kami mahu menasihatkan supaya pembaca berjaga-jaga dan sentiasa update peranti korang serta hanya install aplikasi daripada sumber yang dipercayai di mana-mana gedung digital.

Sumber: Variety

RELATED NEWS

+