15 perkataan yang selalu digunakan oleh pemain Mobile Legends

Semua orang ada hari terbaik dan hari terburuk apabila bermain Mobile Legends. Kadang-kadang Mobile Legends akan membuat anda berasa marah terutama sekali dengan ahli pasukan yang toksik.

Tapi, kadang-kadang kita tidak tahu pun apa makna perkataan yang selalu digunakan oleh pemain Mobile Legends.

Boleh dikatakan selalunya pemain MLBB akan menyebut sesuatu perkataan tanpa mengetahui apa maknanya.

Jadi apa perkataan yang selalu digunakan oleh pemain Mobile Legends? Jom kita baca.

1. Tolol, Goblok, Bego, Bod**

https://memegenerator.net/img/instances/72634259/dasar-goblok.jpg

Semua perkataan di atas membawa maksud yang sama, iaitu bodoh (tidak pandai).

Perkataan ini selalu digunakan apabila seorang pemain MLBB marah terhadap pasukannya yang lain akibat kesalahan yang selalunya tidak masuk akal.

Walaubagaimanapun mengatakan pemain lain bodoh adalah tidak baik dan lebih teruk akan mengurangkan moral permainan anda.

2. EZ, GG, GGWP dan End

GGWP | What Does GGWP Mean?

Good Game dan Good Game Well Played. Dua perkataan ini akan digunakan di setiap akhir perlawanan untuk pemain yang menang mahupun yang kalah.

GG juga digunakan sebagai sindiran untuk memerli pasukan diri sendiri yang membuat masalah.

Selain itu, EZ digunakan sebab musuh terlalu mudah ditewaskan. Ia membawa maksud easy yang boleh dieertikan macam senangnya.

End pula digunakan apabila seseorang atau satu pasukan mahu mengaku kalah dan menyuruh pihak lawan untuk menghabiskan perlawanan. Sebagai contoh ‘GG end please’  yang bermaksud  tolong habiskan.

Namun, End juga boleh digunakan rakan sepasukan untuk memberi maksud “jom habiskan perlawanan ini” apabila pasukan anda mendahului.

3. AFK (Away From Keyboard)

afk Memes & GIFs - Imgflip

AFK membawa maksud Away From Keyboard. Boleh dikatakan setiap permainan video akan mempunyai pemain yang afk

Namun di dalam Mobile Legends, afk boleh membuat anda marah terutama sekali dalam perlawanan Rank.

4. Anji**/Anjay

A dogecoin spinoff called baby doge doubled in price following an  early-morning tweet from Elon Musk | Markets Insider

Anjing pada mulanya cuma seekor binatang. Tetapi dipopularkan oleh para rakan seberang di sana sebagai satu penghinaan untuk pemain lain.

Malah anjing juga digunakan apabila anda berasa menjengkelkan untuk apa-apa situasi di dalam permainan video.

5. Bacot

spongebob bacot Image by khaifa

Bacot bermaksud orang yang bercakap terlalu banyak.

Hanya bercakap namun tidak mencuba untuk membuat apa-apa untuk memenangi perlawanan MLBB yang anda bersusah

6. OP

OP bermaksud Overpowered. OP ini selalu digunakan apabila ada hero baru atau apa-apa hero dalam MLBB yang dianggap terlalu kuat.

7. Nob, noob, cupu, lemah

Noobs Noob Everywhere - Buzz and Woody (Toy Story) Meme | Make a Meme

Noob selalunya bermaksud orang yang baru mencuba permainan video baru dan masih belum mahir.

Tetapi noob kini berubah menjadi satu kritikan terhadap orang yang sentiasa melakukan kesalahan dan bertukar menjadi satu penghinaan.

Kalau orang lain kata anda noob? Apakata anda cuba untuk jadi lebih baik dan buktikan anda bukan seorang noob.

8. Nafsu

Nafsu lebih kepada ketamakan seseorang itu semasa bermain MLBB.

Apatah lagi apabila tamak untuk mendapat semua kills tapi akhirnya kecundang akibat ketamakan ataupun karakter anda mati kerana terlalu ingin dive tower.

9. KS -Kill Steal

KS atau kill steal lebih sinonim dengan banyak permainan video atas talian terutamanya MOBA.

Apatah lagi dalam Mobile Legends, KS ini tidak lari dari permainan anda. Ada orang cuma mahu menjaga KDA mereka jadi mereka mencuri semua kills yang ada.

10. Bocah

MAIN DI RANKED DAPAT MANIAC? BOCAH PRO MOBILE LEGEND! - YouTube

Bocah bermaksud budak-budak. Lebih kepada budak lelaki.

Tetapi dalam MLBB bocah ini boleh membawa kepada perangai seseorang itu yang kebudak-budakan.

11. Split push

SPLIT PUSHING BASICS MOBILE LEGENDS - LEARN HOW TO SPLIT PUSH 🤸‍♀️ -  YouTube

Split push selalunya digunakan untuk pelbagai MOBA.

Split push digunakan supaya semua ahli pasukan berpecah untuk push dan menjatuhkan tower pihak musuh untuk memberi tekanan kepada mereka di laluan berbeza.

12. Lag

Lag Memes

Lag selalunya digunakan oleh pemain yang mempunyai masalah internet.

Tetapi alasan lag ini boleh digunakan untuk menjadi alasan atas kesilapan anda ketika bermain.

13. Report

Report! Pemain MLBB akan selalu menggunakan report untuk menakutkkan orang yang toksik. 

Malah ada orang juga membuat report atas alasan yang tidak munasabah padahal dialah punca kekalahan dalam satu perlawanan itu.

14. Nak skin

3 Cara Tingkatkan Kemampuan Hero di Mobile Legends - Tekno Liputan6.com

Ini adalah perkataan yang selalu digunakan oleh orang yang mahukan belas ihsan dari pemain lain.

Kalau minta pun, adakah anda akan mendapat skin itu?

15. Respect

Biasanya digunakan oleh pemain profesional menandakan “kita perlu berhati-hati dengan pihak lawan”.

Situasi ini berlaku biasanya pada perlawanan penentuan di mana kemenangan atau team wipe out boleh memenangkan perlawanan. Jadi jika pasukan anda respect musuh, lebih banyak strategi boleh diatur sebelum “masuk” perlawanan.

Setakat ini sahaja 15 perkataan yang selalu digunakan oleh pemain Mobile Legends. Apa lagi perkataan yang terlepas?

RELATED NEWS

+