20 permainan hebat bawah RM100 di PlayStation Store Summer Sale (minggu terakhir!)

Jualan Musim Panas PlayStation Store 2020 akan berakhir pada 18 Ogos ini. Terdapat berpuluh-puluh permainan PlayStation 4 (PS4) yang dijual pada harga murah di jualan tersebut.

Masih tidak terlambat untuk anda membeli sekurang-kurangnya satu permainan yang boleh dinikmati semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih dikuatkuasakan.

Untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak, jom baca senarai cadangan permainan yang best untuk anda beli. Semuanya berharga bawah RM100!

Senarai berikut disusun mengikut harga jualan (dari paling murah hingga paling mahal):

 

1. Darksiders Warmastered Edition

Harga jualan: RM12.90

Harga biasa: RM86.00

Kalau anda minat permainan hack n’ slash, Darksiders Warmastered ialah permainan yang sesuai untuk anda. Walaupun sudah lama dilancarkan, ia tetap seronok dimain.

 

2. Darksiders II Deathinitive Edition

Harga jualan: RM19.05

Harga biasa: RM127.00

Darksiders II Deathinitive Edition merupakan sekuel kepada permainan yang disenaraikan sebelumnya. Ia mengekalkan elemen hack n’ slash yang hebat dan memperkenalkan juga elemen role-playing game (RPG).

 

3. Uncharted 4: A Thief’s End

Harga jualan: RM33.30

Harga biasa: RM74.00

Uncharted 4: A Thief’s End merupakan permainan terakhir dalam siri utama Uncharted. Ia mempunyai kualiti grafik yang sangat hebat serta jalan cerita yang akan membuat anda ketawa dan juga menangis.

 

4. PREY

Harga jualan: RM36.30

Harga biasa: RM121.00

PREY dibangunkan oleh Arkane Studios, studio yang juga membangunkan siri Dishonored. Ia menonjolkan permainan yang memberikan kebebasan kepada pemain untuk menyelesaikan misi dalam beberapa cara berlainan.

 

5. Tom Clancy’s The Division 2 – Digital Standard Edition

Harga jualan: RM36.75

Harga biasa: RM105.00

Para peminat permainan multi-pemain dunia terbuka perlu mencuba The Division 2. Anda boleh bermain bersama rakan-rakan anda dan juga bersama ribuan pemain lain dari seluruh dunia.

 

6. Onimusha Warlords

Harga jualan: RM42.00

Harga biasa: RM84.00

Onimusha Warlords merupakan remaster untuk permainan video yang bertajuk sama yang dilancarkan di PlayStation 2 (PS2) pada tahun 2001. Sebuah judul yang sesuai untuk peminat veteran siri Onimusha.

 

7. Borderlands: The Handsome Collection

Harga jualan: RM42.25

Harga biasa: RM169.00

Dalam Borderlands: The Handsome Collection, anda akan menerima bukan satu tetapi dua versi penuh permainan Borderlands iaitu Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel.

 

8. Okami HD

Harga jualan: RM45.00

Harga biasa: RM90.00

Mereka yang pernah memiliki konsol PS2 mesti ingat permainan Okami. Okami HD ialah remaster judul tersebut dan masih boleh dinikmati sepenuhnya pada hari ini kerana ia mempunyai permainan yang menyeronokkan dan grafik yang cantik.

 

9. Darksiders III

Harga jualan: RM50.25

Harga biasa: RM201.00

Jika anda meminati Darksiders yang pertama dan kedua, penulis yakin anda juga akan suka Darksiders III. Menampakkan ketiga-tiganya dijual pada harga yang murah, baik anda beli semuanya dan nikmati trilogi hebat ini sepenuhnya.

 

10. Trine 4: The Nightmare Prince

Harga jualan: RM62.50

Harga biasa: RM125.00

Trine 4 ialah permainan yang menggabungkan elemen pertarungan, platforming, dan penyelesaian puzzle. Jika anda meminati elemen-elemen tersebut serta grafik 2.5D, anda patut cuba judul ini.

 

11. Dead Cells

Harga jualan: RM63.00

Harga biasa: RM105.00

Bagi anda yang mencari permainan platforming 2D yang mencabar ala-ala Dark Souls, inilah jawapannya.

 

12. XCOM 2

Harga jualan: RM66.00

Harga biasa: RM264.00

Lebih gemar permainan turn-based berbanding aksi masa sebenar? Anda perlu cuba XCOM 2. Jangan risau, anda boleh menikmatinya tanpa memahami jalan cerita XCOM yang pertama.

 

13. Far Cry New Dawn – Digital Standard Edition

Harga jualan: RM67.60

Harga biasa: RM169.00

Far Cry New Dawn menjadikan dunia Far Cry 5 sebuah lokasi pasca-apokaliptik dan memperkenalkan banyak senjata-senjata pelik dan menarik. Sesuai untuk peminat tegar siri Far Cry.

 

14. Shadow of the Tomb Raider: Definitive Edition

Harga jualan: RM78.87

Harga biasa: RM239.00

Shadow of the Tomb Raider merupakan judul ketiga dalam siri Tomb Raider baharu. Ia masih mempunyai elemen-elemen permainan yang sama dengan dua judul sebelumnya. Penulis rasa mereka yang menyukai permainan adventure akan minat judul ini.

 

15. Dark Souls: Remastered

Harga jualan: RM79.50

Harga biasa: RM159.00

Tak sempat main Dark Souls masa ia dilancarkan dahulu atau mahu kembali ke dunia tersebut? Beli lah Dark Souls: Remastered dan bersedia untuk mati (berulang-ulang kali).

 

16. The Surge 2

Harga jualan: RM79.60 (RM69.65 untuk pelanggan PlayStation Plus)

Harga biasa: RM199.00

Sama seperti Dark Souls, The Surge 2 ialah permainan video yang sangat mencabar tetapi ia menggunakan latar belakang sains fiksyen dan bukan fantasi.

 

17. Far Cry 5 – Digital Standard Edition

Harga jualan: RM82.00

Harga biasa: RM205.00

Ramai peminat siri Far Cry menyatakan Far Cry 5 ialah antara permainan Far Cry yang paling menyeronokkan. Ia juga mempunyai permainan multi-pemain yang agak lucu dan menyeronokkan.

 

18. A Plague Tale: Innocence

Harga jualan: RM84.40

Harga biasa: RM211.00

Selain daripada mempunyai kualiti grafik yang tinggi dan permainan yang hebat, A Plague Tale: Innocence juga mempunyai jalan cerita yang sangat menarik.

 

19. Greedfall

Harga jualan: RM84.40

Harga biasa: RM211.00

Rindu permainan Bioware seperti siri Mass Effect dan Dragon Age? Greedfall ialah permainan yang mengambil inspirasi daripada judul-judul tersebut.

 

20. EA Sports FIFA 20 Ultimate Edition

Harga jualan: RM86.80

Harga biasa: RM434.00

Pelancaran FIFA 21 sudah tidak jauh lagi tetapi jika anda masih belum pernah main FIFA 20 dan sangat menyukai permainan bola sepak jadi penulis rasa ia masih berbaloi dibeli.

RELATED NEWS

+