23savage pernah dilamar OG selepas TI10 tamat

23savage, antara pemain Dota 2 terbaik di dunia, pernah ditawar untuk bermain bersama OG, namun ditolak olehnya. 

Nuengnara Teeramahanon yang dikenali ramai sebagai 23savage adalah pemain pertama dalam dunia untuk mencecah 12,000 MMR, dan ini menarik perhatian ramai pasukan profesional dan OG adalah salah satu daripadanya.

Dalam sebuah siaran di Twitch beliau baru-baru ni, pemain berasal dari Thailand ini mendedahkan mengapa dia menolak tawaran untuk bermain bersama salah satu pasukan terbaik di dunia.

“Sebenarnya, saya dijemput ke OG selepas TI tetapi saya tidak tahu barisan pemainnya jadi saya menolak sahaja,” kata 23savage dalam siarannya.

Komen ini merujuk kepada Ceb, N0tail, dan Topson yang sudah tidak bermain bersama OG, jadi 23savage tidak mengenali barisan pasukan baru itu dan mungkin tidak selesa bermain bersama barisan baru OG yang terdiri daripada Yuragi, bzm, ATG, Taiga dan Misha.

Dia juga berkata bahawa Topson akan kembali ke arena kompetitif Dota 2 dalam siaran Twitchnya.

“Ya, saya rasa Topson akan kembali, mungkin tahun depan. Dia akan kembali bermain kompetitif,” katanya.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+